'Pulau anak patung’ atau dalam bahasa mexico La Isla de la Munecas yang diberikan oleh penghuni-penghuni Selatan Mexico tentang pulau yang dipenuhi dengan anak-anak patung yang menakutkan. Pulau ini dipenuhi dengan ribuan anak patung-anak patung yang menyeramkan dan digantung di serata pokok-pokok, ampaian, dinding pondok, tangga dan apa-apa tempat la asalkan ianya boleh digantung.
Don Julian Santana adalah orang bertanggung jawab yang menjadikan pulau ni menjadi tarikan Don Julian yang merupakan penghuni kepada pulau ini (sekitar 50 tahun yang lepas) dikatakan sering dihantui oleh roh kanak-kanak yang mati lemas di dalam sebuah saluran paip sekitar persisiran pulau tersebut. Akibat sering dihantui oleh suara aneh oleh roh kanak-kanak itu, jiwa Don Julian menjadi terganggu. Akhirnya, dia ditinggalkan keseorangan di pulau itu oleh ahli keluarganya sendiri kerana mereka menyangka Don ni menghadapi penyakit mental.
Don menggantungkan anak patung-anak patung sekitar pulau itu kerana dia percaya perbuatan menggantungkan anak patung itu akan mententeramkan roh kanak-kanak yang sering menghantui dirinya itu. Sedar tak sedar, dah beribu-ribu anak patung telah digantung oleh Don dalam tempoh 50 tahun dia menetap keseorangan di pulau itu. Mana dia dapat banyak anak patung tu? Dia kutip dari tong sampah… Sanggup tu, dia menaiki bot pergi ke Bandar berdekatan semata-mata nak kutip anak patung yang terbuang.
Pada tahun 2001, Don dijumpai mati di tempat sama kanak-kanak yang mengganggu jiwanya itu mati. Mayat Don dijumpai dalam keadaan seperti dikelar oleh pisau dan diseksa. Seluruh badannya seolah-oleh dihiris dengan sesuatu yang tajam. Menurut fakta penduduk berhampiran pulau itu, Don mati akibat roh itu marah kerana Don tidak lagi menyambung aktiviti menggantung anak patung di sekitar pulau miliknya itu kerana usia sudah meningkat.
Setelah kematian Don, pulau La Isla de la Munecas telah menjadi tumpuan orang ramai dan menjadi salah satu attraction di Selatan Mexico.
Ramai pengunjung yang datang ke pulau La Isla de la Munecas ini. Ada sesetengah pengunjung yang mengatakan pulau tersebut berpuaka kerana mereka seperti boleh mendengar desiran nafas manusia apabila menghampiri patung-patung di sekitar pulau tu. Ada juga yang mengatakan mereka boleh mendengar tangisan kanak-kanak seperti sedang menderita kesakitan.
1 ulasan:
eeii, menakutkan nyee
Catat Ulasan