Sinopsis Filem Sini Ada Hantu





Sinopsis Sini Ada Hantu:- Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.
Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya “Hantu Pokok Pisang”… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang. Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula “Hantu Nombor Ekor” Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.

Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera. Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.
Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku… Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri?Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa yang telah berlaku? “10 Febuari dipawagam. Sini Ada Hantu” bakal menemukan jawapannya.

Tajuk Filem:
Sini Ada Hantu

Pengarah:
James Lee, James Lee

Penerbit:
Astro Shaw Sdn. Bhd.

Dipawagam:
10 Februari 2011
Pelakon Sini Ada Hantu:
Alvin Wong
Rama
Fasha Sandha
Pete Teo
Patrick Teoh
Eira Syazira
Kuswadinata

Sinopsis Kum Kum 2011


Sinopsis Kum Kum The Series

Mengisahkan Mawar (Marsha Londoh), seorang gadis yang kurang keyakinan diri dan sangat percaya akan dunia ilmu hitam. Mawar sangat benci terhadap seorang gadis yang cantik dan agresif bernama Shikin (Elfira Loy) kerana mereka berdua berusaha untuk merebut cinta seorang jejaka kampung yang tampan, sopan-santun dan berbudi bahasa bernama Yusof (Sharnaaz Ahmad). Pada satu hari, Mawar pergi berjumpa Mak Hitam (Didie Alias), seorang ahli sihir yang jahat untuk menjadikan dirinya lebih cantik dan menawan. Oleh kerana Mawar melanggar larangan bomoh, Mawar menjadi buruk dan dahagakan darah. Untuk memulihkan dirinya, Mawar terpaksa meminum 44 darah perawan.



Drama bersiri terbitan Michael Ang ini akan bersiaran selama sejam dan mempunyai 13 episod. Mawar disuruh untuk mencari sebanyak 21 darah perawan dalam masa 40 hari jika Mawar ingin kembali ke wajah asalnya. Bermulalah pembunuhan kejam Mawar yang mementingkan diri sendiri demi menebus semula syarat yang telah dilanggarnya yang membuatkan Mawar kelihatan buruk dan hodoh.

Pada satu hari, Mawar telah didatangi oleh roh gadis yang dibunuhnya itu. Gadis itu mahu tahu apa kesalahan yang telah dilakukan hingga Mawar bertindak kejam. Mawar tidak sempat menjawab apa-apa kerana pendamping Mawar telah mengusir roh gadis tersebut.




Gadoh 2009


Dah layan Cerita yang tak lepas untuk ditayangkan di pawagam ?
Gadoh ialah cerita budak-budak sekolah yang bergaduh. Ketika cikgu-cukgu mereka bergaduh dalam mesyuarat untuk membincangkan masalah ini, seorang guru mencadangkan ditubuhkan kelab teater bagi pelajar-pelajar yang bergaduh ini.

Sekurang-kurangnya, penulis filem ini punya 3 mesej tersirat yang ingin disampaikan.
Pertama : Kritikan terhadap guru, sekolah dan sistem pendidikan.
Dalam filem ini ada watak beberapa orang guru yang berlainan karakter, pengetua yang ‘cenge’ dan pegawai dari kementerian.


Sekolah, seperti yang dikritik dalam filem ini, kurang memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pelajar. Ini termasuk sikap sebahagian guru-guru. Keperluan yang paling besar terabai ialah mereka tidak mendengar keluhan dan isi hati pelajar. Ini termasuk guru, pengetua dan pembuat dasar dalam sistem pendidikan. Sekolah hanya menjadi tempat ‘menyuap’ apa-apa sahaja yang disediakan oleh sistem.
Ini kritikan yang sebahagian nya benar. Dan sangat tegas dan pedas untuk golongan pendidikan dan pembuat dasar.
Kedua : Persoalan prejudis kaum
Pergaduhan dalam sekolah ini melibatkan kumpulan pelajar dari kaum yang berbeza. Pelajar Melayu diketuai oleh Khalil (lakonan Zahiril Adzim) dan pelajat China yang dikepalai oleh Heng (Nicholas Davis). Prejudis perkauman menurut filem ini bermula dari rumah (ibu bapa) dan disemarakkan di sekolah.
“China penipu” dan “Melayu malas” merupakan dua ungkapan membayangkan prasangka. Padahal ia sangat asyik dan selalu diungkapkan. Mitos-mitos negatif yang merujuk kepada ras dan kaum ini dimulakan oleh pihak kolonial demi dasar  pecah dan perintah. ini ditegaskan oleh seorang sarjana besar Melayu Prof Dr Syed Hussein Alatas. Beliau menulis sebuahh buku khusus bertajuk “Mitos Peribumi Malas”. Sebuah kajian ilmiah berkenaan ‘malas’ orang Melayu, Jawa dan Filipina. Kesimpulan yang dibuat ialah, dakwaan Peribumi malas adalah dusta dan rekaan semata-mata. ‘Malas’ tidak merujuk kepada mana-mana kelompok, sebaliknya bergantung kepada individi itu sendiri tidak mengira ras dan keturunan.
Ketiga : Seni dan budaya melalui perlambangan teater.
Ini filem bikinan orang teater. Namron mengangkat teater sebagai elemen yang boleh menyatu-padukan bangsa. ini idelogi orang budaya dan seni. Teater bukan sekadar alat bersantai dan berhibur. Ia juga boleh menjadi alat untuk menyebarkan propaganda, medium menyampaikan mesej dan alat perpaduan.



Sinopsis Filem Mantra


Sinopsis Mantra:-Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.
Tajuk Filem:
Mantra
Pengarah:
Azhari Mohd Zain
Penerbit:
David Teo
Dipawagam:
15 Julai 2010
Pelakon Mantra:
Zul Handyblack
Hasnul Rahmat
Hamdan Ramli
Mas Muharni
Bob Lokman
Ruzaidi Abdul Rahman
Mariani


Sinopsis Filem Kembar Siang

Sinopsis Kembar Siang:- KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luar biasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua.. AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.
Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL.
Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras. ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur.
AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat ‘ANI’ yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya. AWAL mengikuti ‘ANI’ yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa ‘ANI’ yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa ‘ANI’, MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. ‘ANI’ adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia.
Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.
Tajuk Filem:
Kembar Siang
Pengarah:
Hatta Azad Khan
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
24 Februari 2011
Pelakon Kembar Siang:
Kamal Adli
Intan Ladyana
Mat Over
Sabri Yunus
Sathiya
Syanie
Zul Handyblack
Zaibo
Rozita Che Wan
Mazlan Pet Pet
Hamid Gurkha


Sinopsis Filem Kongsi



Sinopsis Kongsi:- TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
Tajuk Filem:
Kongsi
Pengarah:
Farid Kamil
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
12 Mei 2011
Pelakon Kongsi:
Shaheizy Sam
Fizo Omar
Yana Samsudin
Azad
Bront Palarae
Putri Mardiana