Alain Robert Spiderman Sejati

Siapa yang tidak mengenali lelaki labah-labah yang berasal daripada Perancis ini. Nama Alain Robert amat sinonim bagi aktiviti ‘urban climbing’ dengan hanya menggunakan peralatan yang bergitu minimum. Bagi rakyat Malaysia, Alain Robert telah menggegarkan akhbar Malaysia apabila ditahan semasa cubaannya memanjat sebanyak tiga kali bangunan berkembar KLCC. Cubaan pertama Alain Robert adalah pada 20 Mac 1997 dan ditahan pada tingkat ke-60.

Cubaan kali kedua pada 20 Mac 2007 dan ditahan polis pada tingkat ke-60. Bangunan KLCC yang ke-2 menjadi sasaran Alain Robert pada kali ini.
Pada cubaan terakhir iaitu pada 1 September 2009, Alain Robert telah berjaya mencecah tingkat paling atas Bangunan Berkembar KLCC yang berketinggian 452 meter itu. Walaubagaimanapun, beliau telah didenda oleh kerajaan Malaysia dengan USD 2,000.
Sebenarnya, Alain Robert turut memukau rakyat Malaysia di Sabah apabila berjaya mencecah tingkat paling atas Sabah Foundation Building pada 1997.
Dalam pada itu, baru-baru ini(semalam) iaitu pada 17 May 2011, Alain Robert telah sekali lagi membuat penampilan julung-julung kalinya di Bangunan Istanbul Sapphire. Bangunan Istanbul Sapphire adalah bangunan keempat tertinggi di Eropah. Penampilan itu memukau seluruh penghuni dan pekerja di bangunan tersebut. Aktiviti mereka bagaikan terhenti buat seketika ketika mana Alain Robert melintasi tingkat yang mereka huni.
Sebenarnya, Alain Robert telah tergelincir sewaktu pendakian berada di tingkat ke-15 paling akhir di bangunan tersebut. Walaubagaimanapun, insiden tersebut tidak meragut nyawanya apabila beliau diselamatkan oleh tali abah-abah yang digunakannya. Selepas menghabiskan misinya, Alain Robert telah ditemuramah. Dalam temuramah tersebut, beliau berkata,
On the last 15 metres of the building unfortunately there is some grease, there is some oil inside the groove, that becomes impossible to jam the right foot.

Beliau menyelesaikan misinya di Bangunan Istanbul Sapphire dengan hanya 1 jam 50 minit.


Senarai Orang Terkaya Dimalaysia 2011





Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.

Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion.Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.
Jutawan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011.


  1. Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
  2. T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
  3. Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
  6. Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
  8. Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
  10. Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion
Ada tiga pendatang baru dalam senarai rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih dari RM 1 bilion. Mereka adalah:




  • Tan Sri Leong Huy Kum- Mah Sing Group
  • Datuk Seri Stanley Chai-Supermax Corporation Sdn.Bhd
  • Datuk Tan Heng Chew- Tan Chong Holdings Bhd.
Adakah kedudukan Robert Kuok akan dirampas juga satu hari nanti? Kita tunggu dan lihat.




Source: www.beritasemasa.com

Sinopsis Filem Khurafat


Sinopsis Khurafat:- Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

Tajuk Filem:
Khurafat

Pengarah:
Syamsul Yusof

Penerbit:
Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam:
13 Januari 2011

Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba


Sinopsis Filem Haq 2011



Sinopsis Haq:- Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.
Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.
Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.
Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.
Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.
Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.
Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

Tajuk Filem:
Haq

Pengarah:
Clhor, Jumaatun Azmi

Penerbit:
Kasehdia Sdn Bhd

Dipawagam:
27 Januari 2011

Pelakon Haq:
Zul Huzaimy
Adyputra
Nanu
Raja Farah
Fatimah Abu Bakar
Zulkifli Ismail
Ammar Adli Bin Mohamed Norin
Amirul Adli Bin Mohamed Norin

Sinopsis Dilarang Masuk


Sinopsis Dilarang Masuk:- 
Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup.
Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh, kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.
Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia, rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ? Sama-sama la kita nantikan cerita ini di pawagam..

Tajuk Filem:
Dilarang Masuk

Pengarah:
Jeffrey Chiang

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd dan Cineworks Sdn. Bhd

Dipawagam:
07 April 2011

Pelakon Dilarang Masuk:
Asyikin Kamal
Muhamad Ismaizal bin Yusoof
Isma Hanum
Esma Danial

Sinopsis ... Dalam Botol



Sinopsis dalam botol:- Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan sejenis yang sedang bercinta. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identiti dirinya kepada Ruby. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seorang wanita sekali gus memutuskan perhubungan dengan Ruby. Tanpa diduga, hormon lelaki dalam Ruby kembali menyerlah dan dia kembali menjadi Rubidin. Malah Rubidin mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi dan mereka merancang untuk berkahwin. Bisa terjalinkah harga sebuah perkahwinan jika sang suami tidak memiliki kelakianya dan apabila tidak terbayar.
.
.
Tajuk Filem:
…dalam botol

Pengarah:
Khir Rahman

Penerbit:
Pengedaran J.A.S Sdn. Bhd dan Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd

Dipawagam:
24 Mac 2011

Pelakon dalam botol:
Arja Lee
Wan Raja
Diana Danielle
Ogy Ahmad Daud
Normah Damanhuri
Jalil Hamid

Apakah Angin Suria





Apakah itu angin suria? Angin suria ini adalah merupakan salah satu fenomena pergerakan zarah2 bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh matahari. Ini berlaku dimana dibahagian luar atmosfera suria yang tidak mempunyai sempadan tetap dan telah mengakibatkan korona akan sentiasa berkembang oleh kerana suhu jirim korona yang tinggi. Fluks jirim korona yang mempunyai zarah2 yang terdiri daripada elektron, proton dan juga zarah alfa akan berlaku secara berterusan menjauhi matahari pada kelajuan yang sangat tinggi iaitu 250 batu (400 km) sesaat.






Eugene Parker pada 1958 telah menemui fenomena ini dan beliau mendapati terdapat angin yang tidak berhenti bertiup dari matahari dan mengisi ruang angkasa bersama gas plasma. Komposisi angin suria adalah terdiri daripada hidrogen, nitrogen dan juga benda asing. Medan magnet bumi pula akan membalikkan semula sebahagian daripada angin suria untuk membentuk Lengkungan Radiasi Van Allen. Angin suria yang melepasi medan magnet bumi akan membentuk Tabir Cahaya Utara (Aurora borealis) dan Tabir Cahaya Selatan (Aurora australis). Fenomena ini turut memberi kemungkinan satelit atau stesen angkasa akan mengalami pergeseran dengan angin suria yang akan menyebabkan ia akan terkeluar dari landasannya.

Sinopsis Filem Senjakala



Sinopsis Senjakala:- 
Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.
Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.
Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab.
Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka. Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan. Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.

Tajuk Filem:
Senjakala

Pengarah:
Ahmad Idham

Penerbit:
Excellent Pictures Sdn Bhd , MIG

Dipawagam:
14 April 2011

Pelakon Senjakala:
Zahiril Adzim
Liyana Jasmay
Faezah
Aida Aris
Ruminah Sidek
Eizlan Yusof
Abu Bakar Juah
Kamal Adli
Zed Zaidi

Sinopsis Ratu The Movie


Sinopsis Ratu The Movie:-
Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.
Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.
Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.

Tajuk Filem:
Ratu The Movie

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penerbit:
Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd

Dipawagam:
17 Mac 2011

Pelakon Ratu The Movie:
Eizlan Yusof
Fouziah Ghous
Aminah Rhapor
Cico Harahap
Zaibo
Ramona
Shaharuddin Thamby
Patrick Teoh
Yusry Abd Halim
Yasmin Hani
Aren
Eina

Sinopsis Penunggu Istana


Sinopsis Penunggu Istana:-
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat.
Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Tajuk Filem:
Penunggu Istana

Pengarah:
Wan Hasliza

Penerbit:
Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam:
21 April 2011
Pelakon Penunggu Istana:
Sara Ali
Nadzirah Ahmad Nadzri
Nor Zafirah Abd Rahim
Mustaqim Mohamed Zaki
Amar Asyraf
SEEKERS