Andreas Panayiotou Jutawan Yang Tak Tahu Membaca

LONDON: Jun 2011 : Seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain semalam membuat pengakuan mengejut - dia tidak tahu membaca. Andreas Panayiotou, 45, tidak boleh mengisi sendiri borang pasport paling mudah.

Dia juga terpaksa memberi tumpuan untuk mentafsirkan tanda jalan apabila memandu. Bapa lima anak itu yang mempunyai kekayaan mencecah 400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tangga ke-200 orang paling kaya di Britain mengaku: “Ketika kanak-kanak, saya berusaha sedaya upaya untuk membaca. “Tetapi otak saya tidak dapat mentafsirkan huruf yang membentuk perkataan itu.” Selepas meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa sijil, dia belajar mengatasi masalah disleksia yang dihadapinya itu dengan menghafal bentuk perkataan penting. Bekas peninju itu yang dilahirkan di London dari keluarga keturunan Greek Cyprot bagaimanapun berkata: “Saya menghadapi masalah besar apabila menemui perkataan yang saya tidak pernah jumpa. “Di jalan raya, saya tyerpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membaca tanda jalan. Ia sentiasa merisaukan saya. “Mengisi borang seperti kawalan kastam juga menjadi masalah.” Meskipun buta huruf, Panayiotou kini memiliki tiga pesawat, satu daripadanya jet Gulfstream berharga 40 juta (RM200 juta), dan sebuah kapal layar berharga 12 juta (RM60 juta)


Dia tinggal di rumah di Epping Forest, Essex, yang kawasan tanahnya seluas 20 ekar. Panayiotou yang menyuarakan hasrat untuk membantu mereka yang mengalami disleksia sepertinya berkata: “Ketika kanak-kanak, saya tidak suka membaca. Apabila dewasa, saya mengatur kehidupan seharian saya supaya dapat mengelak daripada membaca.” - Agensi


10 Koleksi Teksi Mewah

Jom layan gambar teksi-teksi mewah yang digunakan di kebanyakan negara di seluruh dunia ..


Nangis

ni nangis keluar air mata ke air apa ni dah macam pili bomba la pulak

Kuda Dan Askar


Di sebuah kem tentera, seorang Jeneral sedang menunggu askar-askar yang lambat, dari jauh kelihatan seorang askar sedang berlari.

Askar: Minta maaf tuan, saya terlambat.

Jeneral: Kenapa awak lambat?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi sampai di satu ladang, teksi tu pancit, tuan, saya pinjam seekor kuda dari ladang tu tapi hampir 2 kilometer dari kem, kuda tu mati, tuan. Lepas tu saya terus berlari sampai ke kem ni, tuan.

Jeneral: Baiklah, awak boleh pergi.

Askar: Terima kasih tuan.

Selepas beberapa minit, seorang lagi askar muncul sambil berlari.

Askar: Minta maaf tuan, saya terlambat.

Jeneral: Kenapa awak lambat?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi sampai di satu ladang, teksi tu pancit, tuan, saya pinjam seekor kuda dari ladang tu tapi hampir 2 kilometer dari kem, kuda tu mati, tuan. Lepas tu saya terus berlari sampai ke kem ni, tuan.


Jeneral agak ragu-ragu tetapi melepaskan askar itu juga. Beberapa jam kemudian, hampir 30 lagi askar pulang dan menceritakan cerita yang sama sehingga Jeneral menjadi semakin curiga. Pada malamnya, tentera yang terakhir sampai tercungap-cungap.


Jeneral: Jadi awak ni apa cerita?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi....

Jeneral: Biar saya teka, teksi tu pancit bukan?

Askar: Tidak tuan, banyak sangat bangkai kuda sampai teksi tu tak boleh lalu tuan.

Kempen Buang Sampah

Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan

AKIBAT LANGGAR LAMPU MERAH DI CHINA

 Di China, seorang warga emas sudah bersiap sedia memegang seketul bata. Bukan nak cari gaduh tetapi cuma nak mengajar erti penyesalan kepada pemandu yang pentingkan diri sendiri. Apek ni dengan selamba merosakkan kereta pesalah trafik yang melanggar lampu isyarat merah dengan seketul bata yang dipegangnya.



Misteri Tukul Besi Di London


Misteri artifak ini sentiasa menjadi perdebatan hangat di antara penyokong teori penciptaan dan teori Darwin. Jadi apakah ia? Artifak tukul besi London yang dikelilingi oleh jisim pepejal batu "Cretaceous". Pemegang tukul diperbuat daripada kayu dan sebahagiannya telah menjadi batuan.

Ia ditemui di London, Texas. Pada Jun 1936, semasa Max dan Emma Hahn berjalan-jalan di Red Creek, berhampiran rumah mereka di London, Texas. Ketika itu mereka ternampak batu terbonjol dengan sekeping kayu yang melekat padanya. Beberapa waktu kemudian anak mereka, George memecahkan batu tersebut dan menunjukkan ada tukul logam di tengah-tengah batu tersebut. Hahn mengasah tukul itu untuk melihat jika ia benar-benar logam. Tempat yang mereka asah itu tidak berkarat sejak dari waktu itu iaitu 50 tahun yang lalu. Jadi siapakah kita untuk membuat fosil yang luar biasa ini?

Selepas ujian dijalankan, ia menunjukkan bahawa tukul itu sebenarnya besi. Tukul itu mengandungi 96% besi, 2.6% klorin dan 0,74% sulfur. Tiada buih terperangkap dalam logam tukul itu sama sekali. Malah, kualiti besi itu adalah sama atau melebihi kualiti mana-mana besi yang terdapat dalam dunia moden sekarang.

Persoalanya, mungkinkah teknologi zaman dahulu benar-benar maju? Adakah ini sebenarnya tukul dari dunia yang wujud sebelum banjir Nabi Nuh a.s? Tiada siapa yang tahu dan pasti. Ia masih lagi menjadi salah satu daripada rahsia-rahsia besar di dunia.


Abang Nak Parking Kereta


“abang parking kereta sini penuh lah.....”

“tak ape....abang ada idea...parking kereta paling selamat.....”

“kenapa bang, kat sini tak selamat kah?”

“maklumlah di negara orang ini kita kena berhati-hati...”

“ye lah....”

“sayang naik dulu...nanti bang parking kereta ye....”

10 minti kemudian....

“abang dah parking kereta kah?”

“dah....”

“kat mana..?”

“tengok lah sendiri....”



“Ya Allah bang...macam mana abang parking kereta kat situ???”

Kenapa Wanita Suka Warna Pink


Warna merah jambu atau pun pink begitu sinonim dengan anak perempuan. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesorinya diberi warna pink. Kalau lelaki, maka warnanya biru. Andai ada lelaki pakai baju pink, maka akan diejek, “Ah! jambu betul kau ni, macam pondan!”. Mengapa warna pink dikaitkan dengan perempuan? Pakar psikologi daripada University of Newcastle dalam jurnal Current Biology memaparkan sebab musabab ilmiahnya.

Dipimpin oleh Dr Anya Hurlbert, pasukan ini melakukan ujikaji terhadap 200 orang lelaki dan perempuan berusia 20-an. Majoriti perempuannya menjawab bahawa mereka suka warna gabungan biru dan merah, tapi benci warna hijau dan kuning. Mereka terdiri dari dua jenis bangsa berbeza, Inggeris dan China. Ternyata selera warna tidak dipengaruhi oleh budaya etnik, melainkan faktor biologi.


Buah Matang
“Evolusi menyebabkan perempuan menyukai warna kemerahan. Mereka cenderung memilih buah warna merah, wajah kemerahan. Budaya juga memberi impak yang di dalamnya, “ kata Dr Hurlbert.

Boleh jadi ini akibat peranan kaum wanita sejak dulu adalah memilih bahan makanan untuk keluarga. Kebiasaan turun temurun untuk mencari buah matang yang begitu identikal dengan warna merah, menyebabkan sampai saat ini “anak cucu” Hawa itu meyukai warna merah atau kemerahan.

Sedangkan lelaki cenderung suka warna biru sebab memang tugas mereka sejak lama adalah mencari sumber air bagi keluarga atau sukunya. Warna biru dikatakan lebih identikal dengan sumber air yang baik, boleh diambil. Mereka juga menganggap bahawa langit biru cerah adalah petanda cuaca yang bagus untuk memburu.

Kajian ini mencetuskan Yazhu Ling, rakan Hulbert, untuk mengadakan penyelidikan lanjutan. Ia akan melakukan kajian pada anak-anak dan menyelidik hubungan antara pilihan warna dan tahap kemurungan mereka.

5 Ribu Askar Untuk Satu Potret


Joe Black menyusun 5500 askar plastik,  menghasilkan sebuah potret besar yang mewakili seorang tentera China yang diambil gambar oleh Robert Capa. Gambar yang digunakan sebagai muka hadapan majalah "Life Magazine" bulan Januari 1938 untuk isu "Sino Japanese War". Menggunakan mainan buatan China, potret ini diberi tajuk "Made In China". Ianya dipamerkan di Pesta Seni Moniker, London.





Sinopsis Filem Rasuk


Sinopsis Rasuk:- Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.


Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.

Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli.

Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan ‘menggoda’nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi. Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas.



Tajuk Filem:
Rasuk

Pengarah:
S. Baldev Singh

Penerbit:
White Merpati Entertainment Sdn. Bhd.

Dipawagam:
23 Jun 2011

Pelakon Rasuk:
Fouziah Ghous
Iqram Dinzly
Sidek Hussain
Fauziah Nawi
Khir Mohd Noor


Sinopsis Filem Senario Ops Pocot


Sinopsis Senario The Movie Ops Pocot:- Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).


Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?



Tajuk Filem:
Senario The Movie Ops Pocot
Pengarah:
Ismail bob Hashim
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
21 Julai 2011
Pelakon Senario The Movie Ops Pocot:
Azlee Senario
Mazlan Pet Pet
Wahid Senario
Diana Amir
Mas Muharni
Kamal Adli


Sinopsis Momok Jangan Panggil Aku


Sinopsis Momok Jangan Panggil Aku:- Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

 Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu.


Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.
Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.
Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya…..Saksikanlah cerita seram selanjutnya dengan menonton MOMOK… Jangan Panggil Aku……
Tajuk Filem:
Momok Jangan Panggil Aku
Pengarah:
M.Jamil
Penerbit:
Galaksi Seni Sdn. Bhd.
Dipawagam:
05 Mei 2011
Pelakon Momok Jangan Panggil Aku:
M.Jamil
Ariff S. Shamsuddin
Cassandra Patrick
Mariani
Zarina Zainuddin
Yassin Salleh
Amin Khan
Ery Zukhairi

Koleksi Kereta Mewah Justin Bieber



Justin Bieber memiliki sebuah Porsche Turbo 997, banyak paparazzi menangkap gambarBieber memandu Porsche mewah ini di Miami. Beliau juga memiliki sebuah Ferrari 430 dan sebuah Lamborghini Gallardo. Selain itu dia turut mempunyai sebuah kereta Range Rover.Kereta ini dihadiahkan kepada Bieber oleh Usher pada parti hari jadinya yang ke-16.  

Berikut adalah gambar Justin Bieber dan koleksi kereta mewahnya:>>