Home » » Ikan Coelacanth Ikan Zaman Dinosaur

Ikan Coelacanth Ikan Zaman Dinosaur


Ikan primitif yang diberi nama Coelacanth (disebut seel-uh-kanth) dianggap telah pupus bersama dinosaur 65 juta tahun yang lalu. Tetapi penemuan pada tahun 1938 oleh kurator muzium Afrika Selatan pada pukat tunda nelayan tempatan menarik perhatian dunia dan menyalakan perdebatan tentang bagaimana ikan pelik bersirip lobus ini sesuai dengan evolusi haiwan darat.

Terdapat hanya dua spesies coelacanths yang dikenali: yang tinggal berhampiran Kepulauan Comoros di luar pantai timur Afrika, dan satu lagi yang ditemui di perairan Sulawesi, Indonesia. Ramai saintis percaya bahawa ciri-ciri unik Coelacanth yang melambangkan satu langkah awal dalam evolusi ikan kepada haiwan berkaki empat daratan seperti amfibia.



Ciri-ciri yang paling menonjol "fosil hidup" ini adalah sirip lobus berpasangan yang memanjang menjahui dari badan seperti kaki dan bergerak dalam bentuk yang berselang-seli, seperti kuda berlari. Lain-lain ciri unik termasuklah sendi engsel dalam tengkorak yang membolehkan ikan ini untuk meluaskan mulut untuk menelan mangsa yang besar, tiub berisi minyak, yang dipanggil notochord, yang bertindak sebagai tulang belakang, sisik tebal yang hanya ada pada ikan pupus, dan organ electrosensory dalam muncung yang berkemungkinan digunakan untuk mengesan mangsa.

Coelacanths merupakan makhluk laut dalam yang sukar ditemui, hidup pada kedalaman sehingga 2300 kaki (700 meter) di bawah permukaan air. Mereka boleh besar, mencapai 6,5 kaki (2 meter) atau lebih dan seberat 198 paun (90 kilogram). Para saintis menganggarkan mereka boleh hidup sehingga 60 tahun atau lebih.

Jumlah bilangan mereka tidak diketahui tetapi boleh diramal. Kajian di Comoros menganggarkan hanya kira-kira 1,000 kekal di sana. Mereka dianggap sebagai spesis terancam.

0 ulasan:

Catat Ulasan