senarai kolam renang awam malaysia

Senarai Kolam Renang Awam di Kuala Lumpur dan Selangor


Pusat Sukan Air / Putrajaya Swimming Complex
Jalan P6/1 , Presint 6 , Putrajaya 
Tel:(03) 8887 7000 
Bayaran Masuk: RM2

Waktu Operasi: 

9am-11pm ,1pm-3pm,5pm-7pm,8pm-10pm (Selasa-Ahad) Isnin-(Tutup)
Sesi wanita - 5.00pm-7.00pm


Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api , Cyberjaya 
Tel: 03- 8318 0008 or 8318 4739/8318 4726 
Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu: Sebelum 6pm RM2.00, 6 pm ke atas RM3.00. 
Ahad dan Cuti Umum RM5.00.

National Aquatic Centre ( Kompleks Sukan Negara)
Bkt Jalil, Sri Petaling,
57700, Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 1550 / 03-8994 4660/1/2
Bayaran: Dewasa RM4 (Isnin-Jumaat)
RM5 (Hujung minggu)

Waktu Operasi:
Isnin- Khamis: 3-5.30 pm , 6- 8.30 pm
Jumaat : 8-9.15 am, 9.45-11 am, 4-5.15 pm dan 5.45-7 pm
Hujung minggu: 11.30-2 pm, 3-5.30 pm, 6-8.30 pm


Kompleks Sukan Bangsar (Bangsar Sports Compleks)

Jalan Terasek 3, 
Bangsar, 59100,
Kuala Lumpur
Tel: 03-2284 6065
Bayaran: Dewasa: RM 3 

Waktu Operasi

Isnin-Sabtu : 9.30am, 2-4.30pm dan 6-8.30pm
Tutup pada hari Ahad


Pusat Akuatik Shah Alam

Shah Alam,
40000, Selangor
03-5510 1230 /03-5510 0377 / 03-5513 1872
Bayaran : Dewasa : RM3 Isnin-Jumaat
: RM3.50 Hujung Minggu

Waktu Operasi

Isnin-Khamis : 9am-12pm, 2.30-5pm, dan 5.30-8pm
Jumaat-Ahad : 9am-12pm, 12.30-3pm, 3.30-6pm, 6.30-9pm


Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (3K) Subang JayaJalan SS 13/1, Persiaran Kewajipan,

Subang Jaya, 47500, Selangor.
Tel: 03-5636 9233
Bayaran: Dewasa: RM2-4

Waktu Operasi:

9am-12pm, 2-5pm, 6-9pm


Kompleks Renang Kuala Lumpur

Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak,
56000, Kuala Lumpur,
Tel:03-9316353
Bayaran Masuk
Bayaran: RM1

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat: 2-5pm dan 6-9pm
Hujung Minggu: 9.30am, 2-5pm dan 6-9pm

Kelana Jaya Municipal Pool

MPPJ Sport Centre, 
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7044932
Bayaran: Dewasa RM 3, RM4 (Hujung minggu)

Masa Operasi:

9am, 2-5pm dan 6-9pm

Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (3K) Subang Jaya

Jalan SS 13/1 , Persiaran Kewajipan , Subang Jaya 
Tel: 56369233

Waktu operasi:
Weekdays: Daytime RM2; evenings RM3. Ahad dan Cuti Umum: Daytime RM3, evenings RM4.

Waktu Operasi:  9am, 2pm - 5pm, 6pm - 9pm




Kompleks Sukan Negara / Panasonic Sports Complex
Lot 4, Persiaran Perkilangan , Seksyen 21 , Shah Alam

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: RM3.00 Sabtu, Ahad dan cuti umum:RM4.00,
5pm - 9pm hari biasa, 8am-12pm and 5pm-9pm hujung minggu




NOTIS: Sila telefon terlebih dahulu untuk memastikan segala maklumat ini adalah tepat.

cara turunkan berat badan dengan cepat

SEMEMANGNYA tidak ada jalan untuk menurunkan berat badan melainkan melalui keazaman dan usaha cekal untuk mengawal pemakanan seharian.

Tak dinafikan memang banyak pelan diet melibatkan makanan dan latihan untuk melangsingkan tubuh tapi apalah gunanya kalau ia tak mampu dilakukan kerana memerlukan komitmen masa dan tenaga.

Justeru jika terdapat satu cara yang unik, ambil masa sangat singkat dan tidak memerlukan anda memerah keringat atau menahan selera makan untuk tampil lebih langsing.. siapa yang tertarik bukan?

Menurut kajian dalam Journal of Obesity oleh Universiti Cornell, menimbang berat badan pada setiap mampu meningkatkan semangat untuk berdiet dan bersukan untuk menurunkan berat badan.


Dengar macam remeh tetapi inilah sebenarnya cara efektif untuk membuatkan fikiran diset untuk bersemangat tidak malas menjayakan diet anda.

Kajian ini telah terbukti selepas dijalankan selama dua tahun di mana sebahagian besar responden yang rajin menimbang berat badan didapati berjaya mengekalkan kelangsingan tubuh setelah berdiet.


Ini juga merupakan antara cara untuk mengelak mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan, terus kekal dengan diet diamalkan dan tidak terbabas menjadi gemuk semula.

Jadi mulai pagi esok, mulakan hari anda dengan menimbang berat badan ok? Tak lama.. 5 minit sahaja tapi mungkin itulah permulaan detik untuk anda menjadi orang yang lebih kurus dan langsing tak lama lagi! – SUKAMEDIA.COM

Oleh: Rem Ramzi

Maksud Mimpi Dipatuk Ular

patuk ular dalam mimpi
Tafsiran Maksud Mimpi Kena Patuk Ular


Mimpi ular ini kebiasaannya adalah perkara berkaitan dengan jodoh dan perkara-perkara yang kurang elok yang berada di sekeliling kita. Contoh mimpi dipatuk ular, kebanyakan orang akan menafsirkan bahawa dia akan dipinang atau akan bertemu jodoh, baik lelaki atau perempuan. Itu ada kebenarannya, tetapi harus diingat bahawa mimpi setiap orang dan penafsirannya adalah sangat berbeza untuk setiap orang yang bermimpi

Bagi yang belum kahwin –
Pendapat umum mengatakan mimpi dipatuk ular atau dibelit ular kemungkinan adalah petanda bahawa si pemimpi akan bertemu jodoh atau memperolehi isteri/suami tidak lama lagi.
Seorang gadis yang bermimpi dikejar ular, mimpi itu kemungkinan memberi alamat si gadis akan segera dipinang orang.
Manakala jika seorang lelaki yang bermimpi dikejar ular, kemungkinan itu tandanya bahwa dia diminati oleh ramai wanita.

Lihat kekasih pegang ular -
Adapun menurut tafsiran yang ditemui, bagi seseorang yang masih bujang yang bermimpi melihat kekasih hatinya memegang ular, kemungkinan ia membawa erti si pemimpi akan mendirikan rumahtangga dengan seseorang yang berani sifatnya.

Kekasih dipatuk ular – 
Sekiranya di dalam mimpinya itu dia mendapati kekasihnya dipatuk ular, kemungkinan ia memberi alamat bahawa si pemimpi akan menghadapi kejelikan.

Gangguan jin atau syaitan? –
Namun ada sesetengah yang menyangkalnya, dengan mengaitkan sifat ular sebagai suatu simbol ancaman. Bahkan ramai juga yang percaya bahawa ular yang muncul di dalam mimpi, terutama yang bersifat pelik – diberi gambaran seperti ular hitam, ular yang berwarna kuning keemasan, ular yang sangat besar, berkepala dua ataupun ciri-ciri lain daripada ular yang biasa dilihat – kemungkinan adalah jelmaan jin atau syaitan. Justeru mimpi ular yang sedemikian dikatakan adalah simptom gejala bahawa si pemimpi itu cuba didekati atau sudahpun diganggu oleh jin atau makhluk halus.

Jika bukan gangguan jin… ?
Dikatakan mimpi itu memberi petanda akan mendapat jodoh, tetapi apa maknanya pula kalau si pemimpi tu seorang yang sudahpun bertemu jodohnya ataupun seseorang yang sudahpun berkahwin? Hmm.. apa mungkinkah bagi seorang suami yang baru beristeri satu, mungkin akan menambah ‘kuota’nya..? Dan bagaimana pula halnya jika yang bermimpi itu ialah wanita yang sudahpun mendirikan rumahtangga – sedangkan agama melarang seorang isteri mempunyai lebih dari seorang suami yang sah pada satu-satu masa!

Bagi yang sudah berkahwin – 
Menurut salah satu tafsiran yang ditemui, dikatakan bahawa sekiranya si pemimpi itu telah pun berkahwin, tetapi bermimpi dipatuk atau dibelit ular, kemungkinan itu membawa erti beliau akan beroleh kemakmuran dalam hidupnya.

Ular jadi naga – Manakala jika bermimpi melihat ular dan tidak semena-mena ular itu bertukar menjadi naga tandanya akan ada orang besar (berpengaruh atau berpangkat) yang akan menolong anda.

Ular warna-warni – 
Jika mimpi melihat seekor atau beberapa ekor ular yang berwarna-warni, dikatakan makna tersirat di sebaliknya ialah si pemimpi akan beroleh kebahagiaan.

Melihat ular yang banyak – Sekiranya bermimpi melihat ular yang banyak, maknanya akan panjang umur.

Dikepung banyak ular – Mimpi dikelilingi oleh ular yang banyak, dikatakan suatu petanda bahawa si pemimpi akan mempunyai ramai musuh.

*tulisan di atas hanya untuk rujukan .tidak semesti semuanya betul.
*jom kongsi pengalaman mimpi anda di ruangan komen dibawah.

tag : tafsir mimpi ular . maksud mimpi ular . tafsiran mimpi ular . mimpi ular besar . makna mimpi ular . petanda mimpi ular . tafsir mimpi ular besar .

Filed Under: Haiwan, Makna Mimpi Tagged With: mimpi bertemu jodoh, mimpi dibelit ular, mimpi dikejar ular, mimpi dipatuk ulart, mimpi pegang ular, mimpi ular gangguan jin mimpi dipatuk ular hitam, mimpi dipatuk ular dalam islam, tafsiran