William Henry Gates III, itulah namanya atau lebih dikenali dengan nama Bill Gates. Pengerusi syarikat Microsoft ini merupakan salah seorang yang disenaraikan sebagai manusia terkaya di muka bumi ini.
- Asetnya yang kini bernila US$59 billion menjadikannya antara 10 mansia terkaya dunia. Disini dikongsikan serba ringkas berkaitan kekayaan tokoh perisian komputer ini.
- Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Ini bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!
- Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.
- Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.
- Andai kata, dia sedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.
- Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia.
- Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.
- Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari untuk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.
0 ulasan:
Catat Ulasan