Lelaki Tanpa Pakaian Atas Jambatan


BEIJING - Seorang lelaki tanpa seurat benang bertindak berjalan di atas sebuah palang Jambatan Gaobu di Dongguan, Guangdong pada Selasa lalu.

Beberapa anggota bomba terpaksa menggunakan sebuah mesin pengangkat untuk mengangkat mereka tiba di palang jambatan tersebut.

LELAKI itu kemudian mendekati kren yang membawa anggota-anggota bomba di atas palang Jambatan Gaobu, Dongguan. - Reuters

Mereka cuba untuk menghalang lelaki tersebut daripada terjun dari jambatan berkenaan. Lelaki itu dipercayai menghidap penyakit mental.

Namun, dia turun bersama dengan anggota-anggota bomba tersebut selepas sejam setengah dipujuk. - Agensi.

7 Makanan Bakar Lemak Badan


Adakah anda mempunyai masalah berat badan? Pasti anda akan berusaha untuk mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk membakar lemak antaranya melalui senaman dan diet. Tetapi anda juga boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan. Antara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah..

(1) Bawang putih/merah- Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.

(2) Tomato- Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.

(3) Putih telur- Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.

(4) Lada- Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

(5) Anggur- Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.

(6) Lobak merah- Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.

(7) Timun- Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.

Bilik Tidur Yang Cantik Dan Unik


5 Rekabentuk Bilik Tidur Terpelik Di Dunia | Bilik tidur adalah tempat untuk kita beristirehat setelah penat seharian bekerja. Ianya juga tempat kita tidur untuk merehatkan otak. Rekaan bilik tidur agak penting bagi seseorang untuk mendapatkan keselesaan. Setiap orang sudah tentu mempunyai impian untuk menjadikan ruang bilik tidur dengan rekaan yang sangat cantik.
Adakah rekaan bilik tidur yang anda impikan ada dalam gambar-gambar di bawah…





Pulau Anak Patung di Mexico

 'Pulau anak patung’ atau dalam bahasa mexico La Isla de la Munecas yang diberikan oleh penghuni-penghuni Selatan Mexico tentang pulau yang dipenuhi dengan anak-anak patung yang menakutkan. Pulau ini dipenuhi dengan ribuan anak patung-anak patung yang menyeramkan dan digantung di serata pokok-pokok, ampaian, dinding pondok, tangga dan apa-apa tempat la asalkan ianya boleh digantung.





Don Julian Santana adalah orang bertanggung jawab yang menjadikan pulau ni menjadi tarikan Don Julian yang merupakan penghuni kepada pulau ini (sekitar 50 tahun yang lepas)  dikatakan sering dihantui oleh roh kanak-kanak yang mati lemas di dalam sebuah saluran paip sekitar persisiran pulau tersebut. Akibat sering dihantui oleh suara aneh oleh roh kanak-kanak itu, jiwa Don Julian menjadi terganggu. Akhirnya, dia ditinggalkan keseorangan di pulau itu oleh ahli keluarganya sendiri kerana mereka menyangka Don ni menghadapi penyakit mental.





Don menggantungkan anak patung-anak patung sekitar pulau itu kerana dia percaya perbuatan menggantungkan anak patung itu akan mententeramkan roh kanak-kanak yang sering menghantui dirinya itu. Sedar tak sedar, dah beribu-ribu anak patung telah digantung oleh Don dalam tempoh 50 tahun dia menetap keseorangan di pulau itu. Mana dia dapat banyak anak patung tu? Dia kutip dari tong sampah… Sanggup tu, dia menaiki bot pergi ke Bandar berdekatan semata-mata nak kutip anak patung yang terbuang.

Pada tahun 2001, Don dijumpai mati di tempat sama kanak-kanak yang mengganggu jiwanya itu mati. Mayat Don dijumpai dalam keadaan seperti dikelar oleh pisau dan diseksa. Seluruh badannya seolah-oleh dihiris dengan sesuatu yang tajam. Menurut fakta penduduk berhampiran pulau itu, Don mati akibat roh itu marah kerana Don tidak lagi menyambung aktiviti menggantung anak patung di sekitar pulau miliknya itu kerana usia sudah meningkat.

Setelah kematian Don, pulau La Isla de la Munecas telah menjadi tumpuan orang ramai dan menjadi salah satu attraction di Selatan Mexico.

Ramai pengunjung yang datang ke pulau La Isla de la Munecas ini. Ada sesetengah pengunjung yang mengatakan pulau tersebut berpuaka kerana mereka seperti boleh mendengar desiran nafas manusia apabila menghampiri patung-patung di sekitar pulau tu. Ada juga yang mengatakan mereka boleh mendengar tangisan kanak-kanak seperti sedang menderita kesakitan.













Ikan Coelacanth Ikan Zaman Dinosaur


Ikan primitif yang diberi nama Coelacanth (disebut seel-uh-kanth) dianggap telah pupus bersama dinosaur 65 juta tahun yang lalu. Tetapi penemuan pada tahun 1938 oleh kurator muzium Afrika Selatan pada pukat tunda nelayan tempatan menarik perhatian dunia dan menyalakan perdebatan tentang bagaimana ikan pelik bersirip lobus ini sesuai dengan evolusi haiwan darat.

Terdapat hanya dua spesies coelacanths yang dikenali: yang tinggal berhampiran Kepulauan Comoros di luar pantai timur Afrika, dan satu lagi yang ditemui di perairan Sulawesi, Indonesia. Ramai saintis percaya bahawa ciri-ciri unik Coelacanth yang melambangkan satu langkah awal dalam evolusi ikan kepada haiwan berkaki empat daratan seperti amfibia.



Ciri-ciri yang paling menonjol "fosil hidup" ini adalah sirip lobus berpasangan yang memanjang menjahui dari badan seperti kaki dan bergerak dalam bentuk yang berselang-seli, seperti kuda berlari. Lain-lain ciri unik termasuklah sendi engsel dalam tengkorak yang membolehkan ikan ini untuk meluaskan mulut untuk menelan mangsa yang besar, tiub berisi minyak, yang dipanggil notochord, yang bertindak sebagai tulang belakang, sisik tebal yang hanya ada pada ikan pupus, dan organ electrosensory dalam muncung yang berkemungkinan digunakan untuk mengesan mangsa.

Coelacanths merupakan makhluk laut dalam yang sukar ditemui, hidup pada kedalaman sehingga 2300 kaki (700 meter) di bawah permukaan air. Mereka boleh besar, mencapai 6,5 kaki (2 meter) atau lebih dan seberat 198 paun (90 kilogram). Para saintis menganggarkan mereka boleh hidup sehingga 60 tahun atau lebih.

Jumlah bilangan mereka tidak diketahui tetapi boleh diramal. Kajian di Comoros menganggarkan hanya kira-kira 1,000 kekal di sana. Mereka dianggap sebagai spesis terancam.

Kisah Silam Mahir Zain


Di Malaysia, Maher Zain bukanlah satu nama yang asing . Populariti lagu lagu nasyid yang dibawa menjadi fenomena dalam kalangan semua lapisan umur. Dari anak kecil hingga golongan berusia, boleh dikatakan kesemuanya boleh mendengar muzik yang dibawa oleh beliau . Dan dengan komitmen dan sokongan kuat dari rakyat Malaysia, bahkan maher zain telah menyanyikan sebuah lagu popular beliau iaitu InsyaAllah yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Sesuatu yang boleh dibanggalan melihat seorang penyanyi berbangsa Sweden menyanyi dalam loghat dan bahasa kita. Namun, sebelum bergelar seorang penyanyi yang membawa aliran Islamik dan Ketuhanan , Maher Zain dahulunya pernah melalui episod episod hitam dalam dirinya sebelum menemui hidayah sebenar dari Allah.Ikuti kisah silam maher Zain dengan membaca rencana dibawah :


Maher mendapat mendapat inspirasi  daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya adalah penyanyi solo yang selalu membuat persembahan di bandar Mediterranean iaitu Tripoli.

Keluarganya berpindah ke Swedan apabila Maher berumur 8 tahun, di sana dia meneruskan persekolahannya dan akhirnya masuk universiti dengan mendapat degree kejuruteraan penerbangan. Walaupun suasana telah berubah di sekelilingnya tetapi hanya satu yang masih kekal iaitu dia masih mempunyai minat yang mendalam dalam bidang musik. Dia akan meluangkan semasa  tengah malam  di sekolah dengan kawan-kawannya di mana mereka akan bernyanyi rap, buat lirik dan buat ujian dengan musik dengan berbagai cara. Itu tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi ahli musik kerana sudah menjadi sebahgaian dari dirinya.

Selepas terlibat sebagai produser muzik di Swedan, Maher dikenalkan pula dengan RedOne, iaitu produser muzik yang cepat meningkat naik di bumi Swedan. Maher mula bekerja dengan RedOne dengan artis Sweden dan akhirnya berpindah ke New York. Untuk beberapa tahun dia berada di dunia muzik yang panas dan amt popular seperti Kat Deluna dalam albumnya yang mendapat hit tertinggi “Whine up” dan “Run the Show”.

Maher mendapat banyak peluang untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pemuzik yang berjaya dan glamour tetapi Maher merasakan bahawa bukan bukan itu yang dia impikan. “Saya cintakan muzik tetapi amat membenci persekitaran di sekelilingnya, seolah-olah apa yang berada disekeliling tidak betul”. Dalam masa itu Maher banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

“Apa  saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, mengusai diri saya”. Ketika itu saya sering bergaduh dan bertengkar dengan rakan.

RedOne adalah produser muzik yang amat terkenal pada ketika itu. Antara penyanyi-penyanyi yang pernah bekerja dengan produser muzik itu adalah Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids on the Block dan Michael Jackson. Walaubagaimanapun Maher merasakan ingin berehat sementara daripada industri muzik dan segala persekitarannya yang dirasakannya tidak sesuai dengan jiwanya. Dia merasakan ini adalah bukan suasana yang betul dan mengambil keputusan untuk kembali ke Swedan. Sehinggalah beberapa ketika semasa berada di sana dia berjumpa dengan sekumpulan saudara muslim yang berada dalam satu komuniti di Stockholm dan dia mula menghadiri ke masjid-masjid yang terdapat di sekelilingnya itu dan merasakan bahawa suasana ini seperti dia telah kembali ke “rumah”.

Maher akhirnya merasakan bahawa dia telah berjumpa dengan jalan yang betul dan mempunyai perasaan ingin melakukan perkara yang sama seperti sebelumnya iaitu kembali dalam industri muzik tetapi dengan jalan yang berlainan dari yang sebelumnya. “Sekarang saya ada satu perkara untuk memberitahu manusia di luar sana bahwa adalah amat senang untuk kembali ke jalan yang sebenar-benarnya sekiranya kita membuka mata dan melihat dengan sebaiknya, itulah apa yang berlaku pada saya.”

Biodata Maher Zain :

Nama: Maher Zain
Umur: 29 tahun
Kewarganegaraan: Swedish (of Lebanese origin)
Pendidikan: BA in Aeronautical Engineering
Pekerjaan sebelumnya: Music Producer
Pernah bekerja dengan: RedOne (The Producer behind Lady Gaga, Akon etc)
Nama Album: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Tarikh dipasarkan: 1st of November 2009
Label rekod: Awakening Records
Peminat facebook melebihi 3 juta: http://www.facebook.com/MaherZain

Sinopsis Misteri Jalan Lama


Sinopsis Misteri Jalan Lama:- Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?
Tajuk Filem:
Misteri Jalan Lama

Pengarah: Afdlin Shauki

Penerbit: Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Dipawagam: 24 November 2011

Pelakon Misteri Jalan Lama:
Que Haidar
Hans Isaac
Datuk Ahmad Tamimi Siregar
Vanidah Imran
Sabrina Mohammed Hassan
Namron
Adam Corrie
Sobri Anuar
Afdlin Shauki
Nasir Bilal Khan
Yalal Chin
Liyana Jasmay
Sufian Mohamed


JENIS JENIS SIHIR


Antara jenis sihir yang perlu kita tahu, iaitu :

1. Sihir Pemisahan Suami Isteri
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. Al-Baqarah : 102

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata ; Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis berkata : Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya berkata : Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya drp isterinya. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata : Ya Kamu (Baik). al-A’masy (perawi) berkata; Aku melihat Rasulullah SAW bersabda ; Kemudian dia menjadi pembantu setianya”. Hadith riwayat Muslim (5032).

Tanda-tandanya:
1) Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
2) Berlaku keraguan antara suami-isteri.
3) Enggan meminta maaf.
4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
5) Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

2. Guna-guna (Sihir Percintaan)
Tanda-tandanya:
- Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
- Sukar mengawal cintanya.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta-tuli.

3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
Tanda-tandanya:
- Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
- Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
- Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:
- Azan
- Membaca ayat al-Kursi
- Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
- Membaca isti’azah dan basmalah.

4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila
Tanda-tandanya:
- Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
- Cakap merapu
- Mata layu
- Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
- Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
- Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
- Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
Tanda-tandanya:
- Suka berseorangan.
- Mentup diri sepenuhnya.
- Diam berterusan.
- Tidak suka bertemu orang.
- Fikiran melayang.
- Selalu pening.
- Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan
Tanda-tandanya:
- Selalu mengalami mimpi ngeri.
- Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.
- Selalu was-was.
- Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit
Orang yang disihir akan terkena penyakit yg tertentu.. Contohnya jika dishir menjadi lumpuh, maka org yg terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simpton yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tandanya:
- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
- Saraf tersumbat.
- Lumpuh salah satu anggota tubuh
- Lumpuh menyeluruh.
- Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

8. Sihir Pendarahan
Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.
Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah."

9. Sihir Menahan Pernikahan
Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:
– Takut yang bersangatan
- Marah yang tidak terkawal
- Lalai berlebihan
- Di puncak gelora nafsu syahwat Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:
- Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
(atau)
- Jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu penglihatan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.
Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.
Tanda-tandanya:
- Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
- Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
- Melihat pelamar bermuka hodoh.
- Banyak berfikir (fikiran melayang).
- Selalu gelisah waktu tidur.
- Selalu rasa sakit di perut.
- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

sumber:mysyah-holiday

Hotel Ayam

Hotel Ayam yang dicipta oleh David Roberts, 31 tahun dari Boskenwyn, Helston hampir sama seperti hotel lain di luar sana dan mendapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar.


Memelihara ayam merupakan satu aktiviti popular di Boskenwyn dan penduduk setempat akan merasa risau bila musim cuti tiba, kerana tiada orang untuk menjaga ayam peliharaan mereka.Dengan adanya hotel untuk ayam ini, orang ramai hanya perlu menghantar ayam mereka ke sini dengan £ 2 (pound) setiap satu reban ayam dan tambahan 75 pence untuk seekor ayam.




Reban-reban ayam ini dibina sendiri oleh David Roberts yang sebelum ini menjadi pembuat kabinet.Setiap reban ini dapat memuatkan sehingga 8 ekor ayam.Bufet sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam termasuk dalam senarai harga penginapan.Menurut David Roberts, hotel akan penuh setiap kali tibanya sambutan Krismas.

Hotel Daripada Garam


Sekali pandang, anda mungkin boleh dimaafkan kerana menyangka gambar ini adalah rumah peranginan di tepi pantai. Dengan lantainya kelihatan pasir bertaburan, manakala dindingnya diperbuat daripada batu-bata.


Bagaimanapun, bangunan itu bukan seperti anggapan kebanyakan orang, sebaliknya ia adalah hotel istimewa diperbuat daripada garam. Setiap tetamu yang berpeluang menginap di hotel itu pasti terpesona dengan keunikan binaannya.



Fakta Ringkas Hotel de Sal

  • Dibina di Colchani, Bolivia, Hotel de Sal itu menggunakan garam hampir sepenuhnya, selain perabot juga menggunakan bahan sama.
  • Biasanya, pelancong menghabiskan masa selama beberapa hari di Hotel de Sal bagi membolehkan mereka benar-benar menikmati keistimewaan bangunan luar biasa itu.
  • Ketika ini, Hotel de Sal menjadi tarikan utama pelancong di Bolivia dan mereka biasanya tidak melepaskan peluang ke situ sebelum menyambung perjalanan ke destinasi lain.
  • Untuk bayaran £84 (RM416) satu malam, pengunjung boleh menyewa bilik dan merehatkan badan di atas katil diperbuat daripada garam. Tidak cukup dengan itu, keesokan hari mereka juga bakal menikmati hidangan sarapan di atas perabot menggunakan garam.
























Fakta Ringkas Tasik garam Salar de Uyuni

  • Hotel de Sal terletak berhampiran tasik garam Salar de Uyuni yang terbentuk hasil perubahan beberapa tasik prasejarah.
  • Selain mempunyai ketebalan beberapa meter, tasik itu juga amat rata, selain kandungan litium amat kaya dalam kolamnya.
  • Walaupun dikunjungi ramai pelancong sejak sekian lama, litium yang ada hanya di lapisan bawah garam di kawasan itu hanya popular kira-kira lima tahun lalu.
  • Litium di Salar de Uyuni membekalkan separuh daripada keperluan dunia dan digunakan di dalam industri pembuatan bateri telefon bimbit dan komputer. Ia juga penting untuk menghasilkan kereta elektrik.

 sumber: http://www.hmetro.com.my, http://www.crookedbrains.net/, http://www.dailymail.co.uk/ 

Kekayaan Bill Gates


William Henry Gates III, itulah namanya atau lebih dikenali dengan nama Bill Gates. Pengerusi syarikat Microsoft ini merupakan salah seorang yang disenaraikan sebagai manusia terkaya di muka bumi ini.


  • Asetnya yang kini bernila US$59 billion menjadikannya antara 10 mansia terkaya dunia. Disini dikongsikan serba ringkas berkaitan kekayaan tokoh perisian komputer ini.
  • Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Ini bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!
  • Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.
  • Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.
  • Andai kata, dia sedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.
  • Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia.
  • Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.
  • Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari untuk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia. 

Kambing Panjat Pokok


Sebelum anda membuat apa-apa kesimpulan tentang gambar diatas,  gambar ini sememangnya realiti dan bukannya di reka atau "superimpose" di dalam Photoshop.

Peliknya, kambing aneh ini ini benar-benar memanjat pokok Argan di Morocco untuk mencari makanan, yang jarang ditemui di rantau ini. Kambing-kambing ini sudah biasa memanjat pokok malah mampu menyesuaikan diri untuk berjalan di atas pokok. Pastinya sukar untuk membayangkan  ia adalah salah satu haiwan yang berkuku "hoof".




Yang lagi pelik najis kambing mengandungi biji-biji benih yang mereka makan digunakan oleh penduduk tempatan untuk dikisar dan dijadikan minyak. Yang lebih membimbangkan, minyak ini kemudiannya diperoses untuk menghasilkan beberapa kegunaan termasuk kuliner dan kosmetik. Anda mungkin menolak versi produk-produk yang dijual oleh petani tempatan ini. Untuk setiap botol berisi 1 / 4 liter minyak hadaman kambing ini anda boleh dapat dengan membayar dari 15 hingga 50 dolar.


Dikenali sebagai pemandu arah mahir dengan keadaan bergunung-ganang, mungkin ia bukan satu kejutan selepas anda semua mengetahui kambing boleh memanjat untuk sampai ke dahan yang curam dan sempit pada pokok yang sememangnya berbahaya.

sumber: majalahbiarbetul

Rahsia Posisi Tidur


Posisi tidur yang memberi maksud personaliti

1.GAYA BAYI
Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.


2.GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

3. GAYA TIDUR MENGIRING
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.

4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

5. GAYA TIDUR BEBAS
Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.

6. GAYA TAPAK SULAIMAN
Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

Durian Berbuah Di Batang Pokok


Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis. Nama saintifik -  Durio zibethinus Murrdari keluarga Bombaceae.

Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak.

Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia.



Pada kebiasaannya pokok durian berbuah pada dahan pokok dan di hujung rantingnya. Akan tetapi pemilik dusun durian ini mempunyai pokok durian yang sungguh pelik kerana mengeluarkan buah pada batang utama pokok dan juga di bahagian pangkal pokok.

Secara tidak langsung, kejadian pelik ini memberi kemudahan kepada petani ini untuk memungut hasil buah durian. Apa tidaknya, buah tersebut mudah dilihat dan berada di pangkal pokok.


Bagi memastikan buah durian tidak rosak dan makan oleh haiwan di dusunya, beliau memagari di sekitar pangkal pokok dengan jaring dawai. Apabila masak buah tersebut akan gugur dari tangkainya dan buah durian sentiasa berada di dalam kawasan yang dipagari itu.

Sumber: majalahbiarbetul