Filem Ombak Rindu Diabadikan Setem Edisi Terhad


FILEM Ombak Rindu yang ditayangkan di seluruh negara Disember lepas menjadi filem tempatan pertama diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad.

Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199 mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, 11 keping poskad babak-babak filem tersebut, bersama DVD filem berkenaan.

Set folder pula berharga RM59.90 mempunyai gambar babak filem tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman kepada pemberita selepas melancarkan koleksi edisi terhad Setemku itu di sini hari ini.

Beliau berkata pakej setem itu yang dihasilkan dengan kerjasama Pos Malaysia, Tarantella Pictures dan Astro Shaw Sdn, merupakan usaha pertama melibatkan filem tempatan.

Katanya, filem percintaan yang diadaptasi daripada novel tulisan Fauziah Ashaari itu berjaya mencatat kutipan lebih RM10 juta, yang memberi inspirasi kepada Pos Malaysia menghasilkan keluaran tahunan setem istimewa ini.

Khalid berkata koleksi setem itu mula dijual melalui portal talian PostMe www.postme.com.my dan di 14 cawangan Pos Malaysia terpilih hari ini.

“Diskaun 10 peratus diberi kepada pelanggan yang membeli koleksi edisi terhad hari ini,” katanya dan menambah bahawa hanya 1,000 album setem serta set folder koleksi sahaja yang dihasilkan.

Khalid berkata, produk Setemku yang mula diperkenalkan pada 2007 itu telah menjadi produk unik yang kreatif kerana telah menerima banyakan tempahan pelanggan dan badan korporat untuk mencetak imej pilihan mereka sendiri.

Hadir di majlis itu pelakon utama filem, Maya Karin dan Bront Palare bersama 80 peminat bertuah filem Ombak Rindu. – Bernama

sumber: sinarharian.com.my

Ada Apa Dengan Bangsa


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain.

“Seolah-olah pendekatan ini telah masuk menyerap dalam masyarakat orang Islam, setiap bangsa mengejarkan kehormatan masing-masing dan menyebabkan orang lupa tentang Palestin, “katanya kepada pemberita selepas menyambut kunjungan konvoi Superbike Pantai Timur di kediamannya di Pulau Melaka, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim.

Konvoi tersebut didakan untuk mempromosikan perarakan keamanan yang dianjurkan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah , Amerika Syarikat untuk bergerak ke Palestin dan negara-negara jiran seperti Mesir dan Jordan.

Kemuncaknya adalah perhimpunan aman besar-besaran pada 30 Mac serentak dengan perarakan di Amman dengan 131 superbikes akan membawa bendera Palestin dan berkumpul di replika Baitulmaqdis.

Sambil menyokong perarakan tersebut, Nik Aziz berkata, Pas akan terus mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan dan sama sekali tidak akan terikut-ikut dengan pihak lain yang lebih mementingkan bangsa dari Islam.

“Perkara yang tidak betul yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri. Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” katanya.

Ayah Pin Kembali Dalam Keadaan Lumpuh



BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Sinopsis Filem Jidin Sengal



Sinopsis Jidin Sengal:- JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib. Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama.
Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian.
Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”. Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.


Tajuk Filem:

Jidin Sengal


Pengarah: Nur Esmi Zahara bt Yusof


Penerbit: Outloud Studios Sdn Bhd

Dipawagam: 22 Mac 2012

Pelakon Jidin Sengal:

Along Cham
Angah Raja Lawak
Jue Aziz
Faezah
Zack
Azrul Zaidi
Ernie Chen
Natalie
Amyza Aznan
Norman Hakim

Budak Patah Tangan Terkena Bola Rembatan Wayne Rooney


Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak, Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.
Thomas, yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama.
Malangnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.
“Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya,” tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin

Rumah Mawi Dirompak


Rumah banglo Mawi di sebuah kelab golf di Bangi dirompak pada awal pagi isnin .Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

Perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.

Awal Ashaari Malamar Scha Al Yahya di Propaganza


Penonton program hiburan terbaru di tanahair yang bersiaran di Astro Ria,propaganza dikejutkan dengan kehadiran Awal Ashaari secara tiba-tiba melamar kekasihnya Scha Al Yahya untuk dijadikan isteri

Mereka muncul dalam program hiburan,propaganza sebagai tetamu jemputan
Reaksi gaya spontan lamaran Awal Ashaari membuatkan Scha terkejut dan sebak sekaligus menerima lamaran berkenaan
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini



Kelebihan Berkawan ~ Osman Affan


Cara Berkawan,Cara Mencari Kawan

Islam menyuruh kita untuk berkawan dan berkenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan jika ada ramai kenalan atau kawan.

Antaranya kawan kita boleh menjadi :

  • tempat kita meluah perasaan
  • teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
  • boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian 
  • boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
  • dan lain lain

Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!


Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.


Berikut merupakan sesi motivasi bersama
Osman Affan berkenaan Kemahiran Berkawan

Pembuka kata

Setelah anda fikirkan tentang kemampuan anda bersaing, anda akan nampak apa persediaan yang anda perlu lakukan mulai sekarang. Saya akan bincangkan mengenai kemahiran-kemahiran yang anda boleh perolehi semasa anda masih bergelar seorang pelajar.

Hari ini, mari kita bercakap tentang kemahiran yang anda sedia ada. Kaji diri anda. Apakah kemahiran atau kekuatan anda yang sedia ada? Apakah perkara yang anda dapat lakukan dengan baik?

Contohnya, anda mungkin pandai berkawan. Ramai pelajar suka berkawan dengan anda. Malah, anda boleh bergaul dengan mana-mana pelajar sekalipun sama ada mereka ini pelajar cemerlang, tidak cemerlang, pendiam, peramah, pemalu dan kaki buli sekalipun. Pandai berkawan adalah satu kemahiran. Jika anda tidak tahu kemahiran apa yang anda ingin kuasai sewaktu belajar, saya akan cadangkan anda belajar kemahiran berkawan.

Ini kerana, jika anda pandai berkawan, anda boleh menyesuaikan diri anda di mana sahaja anda berada nanti. Bukan itu sahaja, kawan yang baik adalah satu faktor penting dalam mencapai kejayaan. Lihat disekeliling anda. Lihat pada kawan-kawan anda tidak kira anda rapat dengan mereka atau tidak.

Suatu hari nanti, ada antara kawan-kawan anda itu akan capai kejayaan yang hebat dalam hidup mereka. Ada kawan anda yang jadi terkenal suatu hari nanti. Ada kawan anda yang akan berpangkat Dato’, Tan Sri atau Dato’ Sri nanti. Anda tidak nampak perkara itu sekarang. Jadi, jika anda pandai berkawan, kawan-kawan anda ini akan membantu atau sekurang-kurangnya memberi semangat kepada anda untuk berjaya suatu hari nanti.
Jadi, kita akan bincangkan macam mana caranya nak meningkatkan kemahiran anda untuk berkawan ini.


Mengapa perlu kemahiran berkawan?

Tahukah anda, menurut satu kajian di negara barat, lebih 80% pekerja dibuang kerja bukan disebabkan oleh masalah tidak pandai melakukan kerja. Tetapi mereka dibuang kerana mereka mempunyai masalah dalam sikap terutamanya masalah dalam bergaul dengan rakan sekerja.

Semasa anda berusaha untuk berjaya di zaman persekolahan dan universiti, anda lakukan untuk kejayaan peribadi anda. Anda bekerja keras belajar dan mengulangkaji dan hasilnya anda mendapat kejayaan individu.

Di tempat kerja, kejayaan anda bukanlah kejayaan individu. Anda perlu bekerjasama dengan pekerja lain untuk mencapai kejayaan secara berkumpulan. Jika anda tidak biasa dengan cara bekerja dalam berkumpulan, anda akan rasa janggal dan susah untuk menyesuaikan diri.

Lebih teruk lagi, jika anda masih terbawa-bawa sikap anda di zaman persekolahan di mana anda suka bekerja sendirian tanpa campur tangan orang lain. Anda perlu ingat, teknik dan strategi anda di masa lalu tidak menjanjikan kejayaan di masa akan datang. Maksudnya, untuk berjaya, anda perlu sentiasa sesuaikan strategi dan teknik anda dengan keadaan yang baru.

Disebabkan itu, saya cadangkan anda menyertai persatuan atau apa-apa projek yang dijalankan di tempat anda belajar. Mungkin ada projek mengutip derma, projek hari sukan, projek kembara, projek kempen membaca dan sebagainya. Banyak perkara anda boleh pelajari apabila anda menyertai projek atau program sebegini.

Satu contoh perkara yang saya ingin anda belajar semasa menyertai aktiviti di tempat anda belajar ialah:

Teknik berbincang di dalam kumpulan atau dalam mesyuarat. Perhatikan, adakah mudah untuk berbincang di dalam sesuatu perbincangan atau dalam sesuatu mesyuarat? Apakah masalah-masalah yang mungkin timbul apabila sekumpulan pelajar duduk berbincang tentang sesuatu yang hendak dilakukan? Katakan kalau ada guru yang turut serta dalam perbincangan itu, adakah perbincangan itu menjadi semakin sukar atau senang?
Ada masanya, anda tidak perlu tunggu hingga ada mesyuarat rasmi untuk perhatikan perkara ini. Anda boleh lihat juga ketika anda lakukan perbincangan kumpulan atau semasa anda melakukan belajar berkumpulan (study group). Jadi hari ini, fikirkan tentang soalan yang saya berikan sebentar tadi. Kita akan sambung perbincangan ini esok.


Tip #1

Semalam saya ada memberi cadangan supaya menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di tempat anda belajar. Selain daripada mendapat pengalaman dalam melakukan tugas, anda boleh belajar bagaimana cara mahu bergaul dengan baik dengan kawan-kawan anda.

Jika anda menyertai aktiviti sebegini, kadangkala anda dapat berkenalan dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada sekolah. kolej atau universiti lain. Ini akan mengukuhkan lagi kebolehan anda untuk menyesuakan diri dan bergaul dengan orang daripada pelbagai latar belakang.

Hari ini, saya mahu anda lihat kawan-kawan disekeliling anda. Adakah anda ada ramai kawan? Atau, adakah anda mempunyai ramai musuh?

Ada pelajar yang mengadu kepada saya bahawa di sekolah beliau banyak pelajar yang jahat, sakit hati, dengki dan sebagainya. Disebabkan itu, beliau tidak suka bergaul dengan pelajar-pelajar disekolah beliau. Pernahkah anda rasa begini?

Hmm… mungkin ada pelajar yang nakal atau tidak berdisiplin di sekolah anda. Namun, jika anda langsung tidak mempunyai kawan walau ke mana-mana sahaja anda pergi, masalahnya mungkin berada pada kawan-kawan disekeliling anda. Maksud saya, mungkin andalah masalahnya!

Begini, apabila anda tidak mempunyai ramai kawan, anda patut kaji apakah sebabnya. Apakah benar pelajar-pelajar lain semuanya sombong hingga tidak mahu berkawan dengan anda? Atau, adakah sesuatu yang anda suka lakukan hingga tidak ada pelajar yang suka mendampingi anda?

Anda perlu berhati-hati, jika anda suka lakukan sesuatu yang membuat pelajar lain tidak sukakan anda, anda mungkin akan bawa perangai itu hingga anda masuk ke alam pekerjaan. Ini akan beri kesan yang tidak baik kepada anda nanti. Jadi, saya akan kongsikan minggu depan beberapa tips dalam mengelakkan diri anda daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda dibenci oleh kawan-kawan di sekeliling anda…….

Tip #1.1

Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap. Apabila saya katakan kurangkan bercakap, ia tidak bermaksud anda patut berdiam diri dan langsung tidak bercakap dengan kawan-kawan anda.

Ia bermaksud, anda perlu latih diri anda mendengar apa yang kawan-kawan anda perkatakan. Menurut pemerhatian saya dan pengalaman saya sebagai pelajar dulu, ada segolongan pelajar yang terlalu suka bercakap terutama sekali tentang diri mereka. Mereka sibuk bercerita tentang aktiviti, percutian, kerja sekolah, lawatan dan kegiatan masa lapang mereka. Masalah yang timbul selalunya ialah, mereka ini tidak berminat untuk mendengar cerita kawan-kawan lain pula.

Jika anda asyik sibuk bercerita dan tidak berminat mendengar cerita orang lain, orang lain juga akan mula hilang minat untuk mendengar cerita anda. Malah, lebih buruk lagi, mereka akan cuba menjauhi anda kerana bosan dan tidak mahu mendengar cerita anda yang tidak berkesudahan itu. Mahukah anda ini terjadi?

Ini yang boleh anda lakukan. Tidak salah untuk bercerita tentang diri anda. Tetapi, apabila kawan-kawan anda mula bercerita tentang mereka pula, anda tumpukan sepenuh perhatian kepada cerita mereka. Cuba fahami apa yang mereka katakan. Ketawa jika cerita mereka kelakar . Kemudian, tanya soalan berkenaan cerita mereka. Contohnya, jika kawan anda bercerita “minggu lepas aku pergi camping kat Gua Tempurung. Best la camping kat sana.” Jadi anda patut tanya, ” o ye ke… apa kau buat kat sana…?”

Dengan bertanya begitu, ia akan memberi peluang kepada kawan anda untuk bercerita tentang pengalaman beliau. Kawan-kawan anda akan rasa seronok kerana dapat bercerita dan apa yang bagusnya, mereka akan rasa seronok bila berada bersama anda. Setiap kali mereka lakukan apa-apa aktiviti, mereka akan teringat kepada anda kerana mereka tidak sabar mahu ceritakan kepada anda. Bukankah bagus begitu?

Tip #1.2

Tips pertama semalam menyuruh anda bertanya kepada kawan anda agar mereka bercakap lebih lanjut tentang cerita mereka. Hari ini, ada satu perkara yang perlu anda elakkan.

Seperti semalam, katakan kawan anda berkata, “Minggu lepas aku camping kat Gua Tempurung. best la camping kat sana.” Elakkan sama sekali daripada menjawab begini, “O ye ke…. ala biasa je Gua tempurung tu… aku pergi Gua Niah lagi best….. masa tu aku…… (terus buka cerita anda dan abaikan kawan anda yang baru nak buka cerita tadi…)…

Atau, anda jawab, “Bosan ah Gua Tempurung tu. Bukan ada apa. Aku dah biasa tengok dalam tv. Orang yang dah takde tempat nak pergi je yang pergi Gua tu……”

Selalunya, bila seseorang bercerita, kita rasa tak sabar nak ceritakan pengalaman kita yang mungkin serupa atau lebih hebat. Namun anda perlu berhati-hati dan bersabar. Beri peluang kepada kawan anda untuk bercerita dan menyerlah. Tidak rugi jika anda beri perhatian kepada kawan-kawan anda untuk bercerita.

Dalam masa yang sama, bayangkan apa yang anda rasa jika anda pula diperlakukan begitu apabila anda mahu membuka cerita….

Tip #1.3

Tips kemahiran berkawan yang pertama ini akan membantu anda untuk mudah menyesuaikan diri di alam pekerjaan nanti. Di pejabat atau di mana-mana sahaja anda bekerja nanti, anda akan jumpa orang yang suka bercerita tentang diri mereka dan tidak mengendahkan cerita orang lain.

Orang-orang begini selalunya akan dipulaukan tanpa mereka sedari. Kawan sekerja lain akan cuba mengelak dari berbual dengan mereka kerana bosan asyik terpaksa mendengar cerita mereka.

Apabila anda menjadi pendengar yang baik, kawan-kawan sekerja akan selalu mencari anda menceritakan kisah-kisah hebat mereka. Mungkin sekali sekala anda akan rasa penat mendengar cerita orang lain. Tetapi, apa yang bagusnya, kawan-kawan yang selalu mencari anda ini tidak akan lupakan anda apabila mereka ada sesuatu yang baik untuk dikongsikan dan diceritakan seperti peluang untuk naik pangkat, peluang perniagaan dan sebagainya. Tidaklah anda bosan bekerja keseorangan kerana tidak ada kawan yang berani mendekati anda.

Tip # 2

Berkawan dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik anda. Apabila anda bergaul dengan orang-orang disekeliling anda, anda harus pandai menyesuaikan diri. Ada satu kenyataan yang pernah saya baca menyatakan, anda mempunyai personaliti yang sihat apabila anda boleh bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang.

Maksudnya, jika anda ada personliti yang sihat dan anda pandai berkawan, anda boleh berkawan dan mesra dengan sesiapa sahaja tidak kira mereka pelajar cemerlang, tidak cemerlang, samseng, kaki gaduh, ajk surau, ketua pelajar dan sesiapa sahaja. Jika anda rasa anda hanya boleh bergaul dengan beberapa jenis orang sahaja, anda perlu pelajari dan berlatih bagaimana mahu luaskan kenalan anda.

Ini adalah kerana, apabila anda sudah bekerja nanti, anda akan jumpa pelbagai jenis orang…. mungkin anda akan jumpa seseorang dengan sifat dan perangai yang selama ini anda sangka tidak wujud langsung. Namun, dalam berkawan dengan semua orang ini, anda perlu juga memilih.

Walaupun anda mungkin berkawan dengan seorang kaki buli atau ketua samseng di tempat anda belajar, ini tidak bermakna anda rapat dengan mereka hingga anda juga jadi seperti mereka. Anda perlu berhati-hati siapa yang anda pilih sebagai kawan baik. Ini adalah kerana, kawan baik anda adalah cermin kepada keperibadian anda. Maksudnya, keperibadian anda akan dipengaruhi oleh keperibadian kawan-kawan baik anda ini.

Siapakah yang patut anda pilih untuk menjadi kawan baik anda? Satu tips daripada saya, jangan pilih berdasarkan harta atau populariti kawan anda itu. Pilih berdasarkan cita-cita mereka dan semangat mereka untuk berjaya.

Ada antara kawan-kawan anda yang sangat bersemangat untuk berjaya dan mempunyai cita-cita yang hebat. Mereka ini sentiasa berusaha untuk menuju ke arah matlamat mereka. JIka anda tidak dapat jadi kawan baik mereka pun, sekurang-kurang anda perlu cuba rapat dengan mereka agar anda dapat terikut-ikut dengan semangat untuk berjaya itu.
http://beritamaster.blogspot.com/
Tip # 3

Semasa saya menunggu keputusan sama ada mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara atau tidak, saya selalu menunggu kedatangan posmen. Saya selalu berharap agar posmen datang dengan senyuman dan memberikan surat yang mengatakan bahawa saya berjaya mendapat biasiswa tersebut. Apabila hari yang dinantikan tiba, seorang posmen benar-benar datang dan memberi saya surat yang membawa berita gembira tersebut.

Saya rasa, sejak itu, bagi saya posmen membawa maksud sesuatu yang gembira kepada saya. Maksudnya, setiap kali saya melihat seorang posmen, saya akan kaitkan beliau dengan berita gembira. Mengapa? Kerana beliau selalu membawa berita gembira kepada saya.

Tips untuk meningkatkan kemahiran anda berkawan hari ini ialah, anda perlu jadi seperti posmen tadi……. hmmm…. saya tidak bermaksud menyuruh anda menjadi posmen…

Maksud saya, saya menyuruh anda menjadi seorang pembawa berita gembira. Semua orang sukakan berita gembira buat mereka. Berita gembira amat menggembirakan…… (semua orang tahu tentang perkara ini kan?)

Setiap kali anda membawa berita gembira kepada kawan-kawan anda, mereka akan kaitkan anda dengan kegembiraan. Jadi, setiap kali mereka melihat anda, mereka akan rasa gembira. Bukankah itu yang anda mahukan?

Tip # 3.1

Seingat-ingat saya, saya ada ramai kawan yang suka membawa berita gembira ini. Kawan-kawan begini, rasa seolah tidak sabar untuk menceritakan berita-berita yang menggembirakan. Contoh berita gembira yang mereka bawa ialah berita tentang kejayaan seseorang, cerita tentang kebaikan seseorang, cerita tentang kesusahan yang diakhiri dengan kemenangan dan cerita-cerita menarik yang boleh membuat anda rasa seronok, gembira dan bersemangat.

Namun, anda perlu berhati-hati juga dengan apa yang saya maksudkan dengan berita gembira ini. Ada pelajar yang merasa gembira apabila mendengar cerita-cerita tidak baik seperti cerita tentang pelajar dirotan, gagal dalam peperiksaan dan juga gosip-gosip liar. Bukan ini yang saya maksudkan dengan berita gembira.

Anda juga perlu berhati-hati jika anda rasa gembira dan seronok apabila mendengar cerita-cerita tidak baik begini kerana….. ada kemungkinan anda adalah seorang berfikiran sangat negatif……. ya…. pelajar yang berfikiran negatif amat gembira apabila mendengar tentang keburukan dan kelemahan pelajar lain. Ini kerana, cerita-cerita begitu membuat mereka rasa lebih hebat…… menyedihkan bukan….?

Jadi, tips pertama untuk menjadi seorang pembawa berita gembira ialah, elakkan diri anda daripada membawa berita-berita yang tidak baik kepada kawan anda. Contohnya, anda mendengar sahabat A bercerita tentang sesuatu yang tidak baik tentang sahabat B.

Jangan anda pergi kepada sahabat B dan ceritakan apa yang sahabat A katakan. Ada dua sebab utama mengapa. Pertama, jika anda sampai berita itu, anda akan jadi pembawa berita buruk….. kedua, anda akan menyebabkan sahabat A dan sahabat B berbalah. Hakikatnya, anda mungkin tersalah faham apa yang sahabat A cuba katakan.

Jadi, anda perlu ingat, jangan jadi pembawa berita buruk dan gosip. Sikap ini biasa dilihat ditempat-tempat kerja. Majikan benci pekerja yang mempunyai sikap begini kerana ia akan merosakkan suasana kerja yang baik. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya juga pernah memberhentikan seorang pekerja saya walaupun beliau mempunyai bakat dan bagus dalam kerja beliau. Mengapa? Anda boleh teka mengapa….

Tip # 3.2

Tips untuk menjadi pembawa berita gembira semalam ialah dengan mengelakkan diri anda daripada menyampaikan berita-berita buruk atau cerita tidak baik kepada kawan-kawan anda. Tips untuk hari ini ialah sampaikan berita gembira kepada kawan-kawan anda secepat mungkin.

Katakan anda mendengar berita  baik seperti kawan anda mendapat markah penuh dalam peperiksaan Matematik, sampaikan kepada beliau secepat mungkin. Tetapi pastikan berita itu betul kerana jika ia tidak betul kesan sebaliknya akan berlaku. Namun, satu perkara yang saya minta anda sampaikan kepada kawan anda secepat mungkin ialah berita berkenaan pujian kepada mereka.

Maksudnya begini. Katakan anda sedang bercakap dengan sahabat A dan sahabat A memuji sahabat B (sahabat B tidak ada disitu). Setelah anda mendengar pujian itu, anda perlu seberapa segera menyampaikan pujian itu kepada sahabat B. Tetapi jangan terlalu segera hingga anda terus tinggalkan sahabat A yang sedang bercakap tadi….

Dua perkara akan berlaku bila anda lakukan perkara ini. Pertama, anda akan jadi pembawa berita gembira. Sahabat B akan kaitkan anda dengan rasa gembira. Kedua, hubungan antara sahabat A dan B akan jadi bertambah akrab. Pujian yang disampaikan secara tidak berdepan begitu selalu membawa kesan yang positif. Sahabat B akan rasa bahawa pujian sahabat A itu adalah ikhlas dan boleh dipercayai. Jadi, hubungan mereka akan jadi lebih baik.

Suatu hari nanti ditempat kerja anda, lakukan perkara sebegini juga. Sampaikan pujian yang anda dengar kepada tuan punya diri. Anda akan disenangi oleh kawan-kawan sekerja anda nanti.

Bila ini berlaku, anda telah melakukan sesuatu yang baik dalam hidup anda…


Tip # 3.3

Daripada tips 3.2, ada satu perkara yang anda perlu pelajari. Saya ada katakan bahawa pujian yang disampaikan dibelakang tuan punya diri akan berbunyi ikhlas dan mendatangkan kesan yang baik. Jadi tips untuk hari ini, jika anda hendak memuji kawan-kawan anda, puji mereka tanpa kehadiran mereka. Maksudnya, puji mereka semasa mereka tidak ada bersama anda.

Jika anda bercerita tentang perkara yang tidak baik tentang kawan anda dibelakang mereka, itu adalah gosip dan mengumpat. Perbuatan ini adalah sangat tidak baik dan boleh merosakkan hubungan dan juga nama baik anda. Tidak ada orang yang suka kepada seseorang yang suka mengumpat dan menyebarkan gosip. Tetapi, jika anda puji kawan ada dibelakang mereka, perkara sebaliknya akan berlaku. Anda akan dilihat sebagai seorang yang ikhlas dan baik hati.

Apabila anda sedang berborak-borak dengan sekumpulan pelajar dan anda mahu bercerita tentang pelajar lain, ceritakan tentang yang baik sahaja. Jika anda kawan anda dalam kumpulan itu yang bercerita tentang keburukan pelajar lain, anda jangan turut serta dengan memberi komen atau menambah-nambah cerita itu. Jika sesi bercerita tentang keburukan pelajar lain itu berterusan, minta diri dan tinggalkan kumpulan tersebut seketika.

Tujuan saya berkongsi tips ini bukanlah untuk memanipulasikannya dan cuba buat anda kelihatan baik di depan kawan-kawan anda. Tips ini adalah untuk anda amalkan dan jadikannya sebahagian daripada perwatakan anda. Anda akan jadi insan yang lebih baik jika anda sebarkan pujian dan berita baik berbanding jika anda sebarkan kutukan, fitnah, gosip dan berita buruk.

Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah perkara baik yang anda boleh puji kawan-kawan anda? Apakah berita-berita baik yang anda boleh kongsikan bersama mereka?

Tip # 4

Adakah anda kenal mana-mana kawan anda yang dikatakan ‘mulut laser’? Hmm… saya rasa anda tentu faham apa yang dikatakan mulut laser ni. Secara ringkas, pelajar yang bermulut laser ialah pelajar yang tidak menapis apa yang dikatakannya dan kata-kata mereka selalu menyakiti hati kawan-kawan yang lain.

Contohnya, apabila ada seorang kawan gagal dalam peperiksaan, pelajar mulut laser ini akan dengan selambanya berkata, “tu la, suruh belajar tak nak, kan dah jadi bodoh macam ni….”. Hehe… ini cuma contoh sahaja. banyak lagi contoh lain sebenarnya tetapi tidak sedap pula kalau saya kongsikan di sini.

Namun, secara umumnya, pelajar bermulut laser memang ada di mana-mana. Mereka ini tidak semestinya pelajar yang nakal atau tidak berdisiplin. Mereka ini tidak semestinya pelajar perempuan kerana ramai juga pelajar lelaki yang bermulut laser.  Selalunya juga kalau pelajar lelaki bermulut laser, lebih dahsyat daripada pelajar perempuan yang bermulut laser kan…?

Tips ke 4 ini akan membincangkan tentang cara pertuturan anda dengan kawan-kawan anda. Ingat, apa yang anda tuturkan atau cakapkan menggambarkan apa yang ada dalam hati anda. Jadi, anda perlu tahu serba sedikit bagaimana caranya untuk bercakap dengan baik dan sopan dengan kawan-kawan anda.


Tip # 4.1

Ada beberapa alasan popular yang digunakan oleh pelajar bermulut laser mengapa mereka lebih suka bermulut laser daripada tidak. Antara alasan mereka ialah, “Saya tidak suka bercakap bohong.

Saya cakap perkara yang benar sahaja walaupun benda itu menyakitkan orang yang mendengarnya”, atau “Saya bukan nak sakitkan hati sesiapa, saya cakap benda yang betul. Kalau ada orang terasa, nasib la…”, atau “La… cakap sikit pun nak sakit hati ke…. masuk dalam hutan la kalau tak nak sakit hati….”

Pada pendapat peribadi saya, memang tidak salah kalau kita bercakap benar, memang itu yang patut kita lakukan. Namun, saya percaya, pelajar yang bermulut laser selalunya tidak tahu alternatif kepada cara untuk menuturkan apa yang mereka mahu katakan.

Contohnya, bila anda melihat seorang kawan memakai baju yang kelihatan agak kotor, pelajar bermulut laser akan kata, “kau tak basuh baju kau ke? Nampak kotor sangat ni…”. Alternatif kepada soalan itu ialah, “Baju kau kena apa?” atau lebih mudah, “kenapa baju kau kotor?”.

Apa yang saya hendak tunjukkan di sini ialah, pelajar bermulut laser selalunya terus membuat andaian negatif kepada apa yang mereka lihat. Jadi, tips hari ini ialah, jika anda lihat sesuatu, elakkan daripada menyoal soalan yang diikuti dengan andaian yang negatif.

Jika anda lihat kawan anda lambat ke sekolah dan mahu tanya sebabnya, anda cuma perlu tanya “kenapa kau lambat tadi?”, jangan tanya begini, “Kenapa kau lambat, bangun lambat eh…? Ni mesti tak sembahyang subuh pagi-pagi ni….”. Hmmmm… anda boleh bayangkan apa perasaan kawan anda apabila anda bertanya dengan soalan berbentuk laser itu.

Soalan yang tidak laser selalunya lebih pendek dan tidak menyakitkan hati. Anda perlu ingat, apabila anda tamat belajar nanti, anda mungkin jumpa orang-orang yang bermulut laser. Anda akan dapat lihat bahawa orang-orang begini selalunya dijauhi oleh kawan-kawan yang lain. Apa yang menyedihkan, orang yang bermulut laser ini tidak sedar yang dia sedang dipulaukan. Jadi, dia terus seronok dengan tabiat mulut lasernya. Bukankah ini sangat menyedihkan?

Tip # 4.2

Kebiasaannya, anda tidak sedar yang anda adalah tergolong dalam golongan pelajar bermulut laser. Ini disebabkan tidak ada sesiapa yang mahu menegur apa yang anda lakukan. Selalunya juga, pelajar-pelajar lain sebenarnya tidak tahu bagaimana caranya mahu menegur anda. Ini boleh menyebabkan anda dipulaukan tanpa anda sedari. Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda adalah pelajar bermulut laser atau tidak?

Satu tips mudah ialah, jika anda lihat kawan-kawan mula meminggirkan anda apabila anda mahu turut sama berbual dengan mereka, itu mungkin satu petanda walaupun banyak perkara yang boleh menyebabkannya.

Namun tip saya hari ini ialah, perhatikan reaksi muka kawan-kawan anda apabila anda bercakap atau memberi komen tentang sesuatu. Anda tidak akan sedar apa yang sebenarnya dituturkan oleh mulut anda tetapi anda boleh lihat reaksi kawan-kawan anda yang mendengarnya. Bayangkan jika anda menjadi mangsa mulut laser, bagaimanakah reaksi anda?

Jika anda sedang bercakap dengan penuh ‘laser’ anda akan dapat lihat reaksi tidak selesa, marah atau air muka kawan-kawan anda berubah. Apa yang peliknya, pelajar bermulut laser selalunya merasa bangga bila boleh bercakap sesuatu yang boleh menyebabkan air muka kawan-kawan mereka berubah begini.

Jika anda sedar bahawa kebanyakan masanya apabila anda bercakap air muka kawan-kawan anda berubah seperti yang saya jelaskan tadi, anda berkemungkinan tergolong dalam pelajar bermulut laser. Apabila anda telah sedar perkara ini, anda boleh mengelak daripada melakukannya di lain masa.

Mulai hari ini, cuba perhatikan reaksi kawan-kawan anda selepas anda bercakap. Itu semua memberi maklumat yang penting kepada anda. Elakkan daripada mengatakan sesuatu yang boleh membuat air muka kawan-kawan anda berubah kerana rasa marah atau malu.

Tip # 4.3

Ada masanya, anda mahu memberi komen atau teguran yang mungkin mengguris hati kawan-kawan anda. Namun, jika anda tidak memberi komen atau teguran tersebut, kawan anda mungkin akan meneruskan kesilapan beliau. Anda juga mungkin bimbang jika anda katakan sesuatu yang mengguris hati, anda akan tergolong dalam pelajar bermulut laser pula.

Begini, menegur atau memberi komen yang mengguris hati tidak semestinya bermaksud anda bermulut laser. Namun anda perlu memilih masa dan tempat yang sesuai semasa memberi komen atau teguran ini.

Pertama, jika anda mahu menegur atau memberi komen kepada kawan anda, elakkan daripada memberi komen itu di depan kawan-kawan lain. Sebaik-baiknya, berikan komen itu semasa anda berdua sahaja dengan kawan anda itu. Apabila anda berdua dengan kawan itu, gunakan perkataan yang baik semasa bercakap. Jangan gunakan perkataan yang kasar. Pilih perkataan anda dengan berhati-hati.

Contohnya, jika anda mahu kata ‘bodoh’, gantikan dengan ‘tidak pandai’. Maksudnya lebih kurang sama tetapi kesannya berlainan. Kalau kawan A kata anda ‘bodoh’ dan kawan B kata anda tidak pandai, yang mana lebih anda rasa marah? tentu kawan A bukan? Anda perlu ingat, setiap perkataan negatif boleh digantikan dengan perkataan yang lebih positif dan kurang menyakitkan.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun anda mahu menegur kesalahan kawan-kawan anda, anda boleh menegur dengan kata-kata yang baik. Jika anda sudah tegur dengan kata-kata yang baik dan bukan di depan kawan-kawan lain, kawan anda ini lebih mudah untuk menerimanya. Dia juga tidak merasa terlalu malu dengan teguran tersebut. Ini akan membuat hati beliau lebih mudah terbuka untuk berubah.

Tip # 4.4

Tips 4 yang terakhir ialah, walau apa pun yang anda lakukan atau katakan, elakkan daripada menjatuhkan air muka kawan-kawan anda.  Jatuh air muka selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang memalukan. Contohnya, jika kawan anda sedang bercakap di depan kelas, jangan ketawakan beliau jika beliau tersilap cakap. Jangan ketawakan kawan anda jika mereka terjatuh dari kerusi atau semasa berjalan.

Ini semua boleh menjatuhkan air muka mereka. Sebaliknya, beri mereka sokongan. Beri perhatian semasa mereka bercakap di depan kelas dan tolong mereka bangun jika mereka terjatuh. Itulah yang sebaik-baiknya yang boleh anda lakukan.

Menjaga air muka kawan-kawan anda juga boleh dilakukan dengan mempertahankan mereka apabila mereka diejek oleh kawan-kawan lain. Anda boleh menjadi kawan yang baik dengan sentiasa menyokong kawan-kawan anda. Namun, ini tidak bermakna anda perlu menyokong mereka jika mereka lakukan sesuatu yang salah seperti mencuri, ponteng sekolah atau malas belajar. Sebaliknya, anda perlu sokong mereka dengan mengajak mereka mengikuti anda supaya belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti anda dan mereka sama-sama berjaya.

Tip # 5

Semasa saya di alam persekolahan, saya ada beberapa kawan yang saya suka dampingi. Kawan-kawan ini berbeza sedikit daripada kawan-kawan lain. Mereka kelihatan seolah-olah mereka sudah tahu dan jelas apa yang mereka mahu capai dalam hidup mereka. Mereka fokus dalam kerja mereka dan mereka sangat hebat dalam apa-apa yang mereka lakukan.

Jika mereka bermain sukan, mereka dapat mewakili sekolah dan daerah. Jika mereka belajar, mereka dapat mendapat markah yang sangat tinggi dalam peperiksaan. Jika mereka berpersatuan, mereka dapat jalankan program-program yang menarik dan kreatif. Jika mereka berkawan, mereka jadi kawan yang paling baik.

Kawan-kawan begini sangat istimewa kerana satu perkara; mereka selalu memberi saya ilham dan semangat untuk berjaya. Apabila saya lihat mereka fokus dalam pelajaran, saya juga bersemangat untuk jadi fokus dan belajar bersungguh-sungguh.

Apabila saya lihat mereka bijak menganjurkan program menarik, saya juga jadi bersemangat untuk belajar bagaimana cara melakukannya. Hingga kini saya masih merasa kesan baik kerana berkawan dengan kawan-kawan begini.

Mesej saya di dalam tip ini ialah, apa kata anda yang jadi seorang kawan yang boleh membuat kawan-kawan anda yang lain bersemangat apabila mereka berdamping dengan anda? Apa kata kalau anda yang jadi seperti kawan-kawan saya tadi iaitu kawan-kawan yang fokus dalam apa yang mereka lakukan dan berjaya mencapai apa yang mereka mahu.

Jika anda mahu jadi seorang kawan yang boleh menimbulkan rasa semangat kepada kawan-kawan yang lain, anda sendiri mesti fokuskan kepada kejayaan peribadi anda. Anda mesti tahu apa yang anda mahu capai dalam hidup anda dan anda perlu selalu berusaha untuk mencapai kejayaan. Dalam masa yang sama, anda perlu kekalkan hubungan yang baik dengan kawan-kawan anda.

Ada pelajar yang terlalu fokus mengejar kejayaan akademik hingga tidak menghiraukan kawan-kawan yang lain. Jika ini berlaku, anda tidak akan berjaya dalam konteks yang sebenar. Kawan-kawan yang lain juga tidak akan mahu mengikut kejayaan anda kerana mereka akan sangka, jika mahu berjaya, mereka perlu hidup berseorangan tanpa kawan. Nyata itu adalah satu tanggapan yang salah.

Jadi, mulai hari ini, kaji semula diri anda. Anda boleh rujuk semula semua tips-tips yang pernah saya kongsikan disini. Kejar kejayaan dari semua aspek supaya kejayaan anda lebih bermakna dan seimbang. Selamat berjaya!

Kesimpulan

Alhamdulillah…saya telah kongsikan 5 tips utama dalam berkawan… saya percaya banyak lagi tips yang boleh anda gunakan. Namun, dengan 5 tips pertama ini, harapan saya minda anda akan terbuka untuk melihat tips-tips yang lain sama ada melalui pembacaan anda atau melalui pengalaman anda sendiri. Pengalaman adalah guru terbaik.

Anda boleh belajar daripada pengalaman anda sendiri atau melalui pengalaman orang lain. Anda boleh belajar daripada pengalaman orang lain melalui pembacaan. Jadi, membaca adalah masih cara terbaik dan terpantas untuk mempelajari sesuatu.

Satu perkara penting yang telah saya pelajari seumur hidup saya ialah, kawan adalah penting dalam hidup saya. Ada juga kawan-kawan saya yang nakal dan selalu menyakitkan hati saya semasa di sekolah. Namun apabila kami bertemu semula kini, rasa sakit hati itu semua sudah tidak wujud malah kami jadi kawan yang sangat baik dan rapat kini.

Ini bermaksud, jika anda ada rasa benci pada mana-mana kawan, jangan sampai terbawa-bawa hingga mengganggu konsentrasi anda semasa belajar. Ini adalah kerana kawan ini mungkin jadi seseorang yang penting dalam hidup anda nanti. Anda tidak tahu bahawa mungkin satu hari nanti kawan inilah yang akan membantu and hingga berjaya.

sumber :http://www.osmanaffan.com

Youtube Jalin Kerjasama Perjanjian Dengan KRU Studios dan ASTRO


YOUTUBE memeterai perjanjian pelesenan dengan Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) yang akan membolehkan pemuzik dan komposer Malaysia meraih pendapatan di YouTube.

Pengarah pengurusan produk YouTube Asia-Pasifik, Adam Smith berkata, pendapatan akan dikumpulkan apabila iklan dipaparkan di video rakan YouTube.

“Untuk kali pertama di bawah perjanjian ini, pencipta Malaysia akan menerima bayaran daripada persatuan mereka apabila pemegang hak mengagihkannya,” kata beliau dalam taklimat media di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sempena pelancaran ini, YouTube telah menjalinkan kerjasama perjanjian dengan syarikat media terkemuka Malaysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios.

Cara Mengorat Wanita ??


Bersama dengan seseorang yang anda sayang akan memberikan anda kekuatan dan inspirasi untuk melakukan yang terbaik dalam sesuatu perkara. Walaubagaimanapun, yang menjadi masalahnya sekarang ialah ramai lelaki di luar sana tidak tahu bagaimana untuk memikat gadis yang mereka suka.
Kebanyakan kita merasakan bahawa menunggu cinta sejati datang sendiri adalah satu cara yang betul tetapi secara logiknya ia adalah sebaliknya. Jika anda mahu mencari pasangan idaman anda, anda harus berusaha mendapatkannya. Berikut beberapa tips yang mungkin berguna untuk memikat si dia.



Jadi Diri Sendiri 

Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang tulin atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.

Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.

Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.

Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.

Selamba dan Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.


Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.

Sumber alamonline

Terjun Dari Jambatan Dengan Basikal


PITLOCHRY, Scotland - Seorang pemuda, Adam Flint terjun dengan menggunakan tali bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat sini kelmarin.

Flint, 26, membuat terjunan bagi mempromosikan aktiviti mengayuh basikal di Highland Perthshire.

Dia mengasaskan sebuah pertubuhan sukan bagi mempromosikan sukan mengayuh basikal di kawasan tersebut.

Menurut Flint, dia berasa gementar sebelum membuat terjunan dari ketinggian 40 meter. - Agensi Sumber | Kosmo

Wang Kertas Dijadikan Bahan Bakar Di Hungary


Hungary mempunyai kira-kira AS $ 7.5 bilion wang kertas dalam edaran pada bila-bila masa tertentu, dan kebanyakannya akan melalui pusat kawalan kualiti kerajaan setiap tahun. Mata wang yang telah menjadi haus, koyak, atau sebaliknya bersedia untuk dilupuskan. Kira-kira 25 peratus daripada jumlah keseluruhannya setiap tahun akan di hancurkan dengan masuk ke dalam mesin pencincang dan kemudian kepada jentera yang menekan ia menjadi ketulan (briket) mampat padat.



Bertan-tan ketulan briket pemanasan yang dibuat daripada wang kertas yang dibuang ke dalam trak untuk dihantar kepada badan amal yang membantu mereka yang memerlukannya sebagai bahan bakar untuk pemanas di seluruh Hungary. Satu 1 kilogram (2.2 paun) bata mengandungi tinggalan kira-kira 5 juta forints, atau kira-kira AS $ 20,000 (AS). Badan amal boleh menerima sebanyak 20 atau 30 tan briket setiap tahun untuk tujuan ini.


Sukarelawan bekerja memindahkan timbunan lusuh matawang Hungary yang telah bertukar menjadi briket untuk pemanas menggantikan arang batu. Wang yang sudah rosak ini, tidak lagi mempunyai apa-apa nilai wang tetapi ianya terbukti amat bernilai semasa musim sejuk sejuk luar biasa di seluruh Eropah Timur. Semuanya disebabkan oleh kos yang tinggi untuk bahan bakar alat pemanas di musim sejuk.



Di Budapest, Hungary,  suhu rendah melampau pada awal Februari adalah kira-kira 10 ° F (-12 ° C), jauh di bawah purata 27 ° F (-3 ° C) suhu tahun sebelumnya. Walaupun suhu musim bunga telah kembali di Hungary dan negara-negara jiran, kos yang tinggi bagi pemanasan sepanjang musim sejuk menambah beban bagi rakyat yang semakin susah disebabkan kepada masalah ekonomi Eropah dan langkah berjimat cermat kerajaan.

Sumber: NatGeo

Syiling 10 sen 1971 Yang Unik



Apa yang specialnya dengan tahun 1971 ni? sebelum 1971, wang syiling diproses dan ditempah di kilang luar negara yang terletak di Jerman Barat serta dibuat dalam bilangan yang banyak kerana digunakan untuk Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pada tahun syiling tersebut dibuat, Singapura telah berpisah dengan Malaysia dan buat pertama kali negara ini mula menempa wang syiling sendiri.
“Tahun itu juga telah berlaku bencana banjir besar di Kuala Lumpur sehingga mesin penempa wang syiling itu ditenggelami air dan rosak. Jadi, pada tahun itu, hanya lebih kurang 32,000 keping wang syiling yang sempat dibuat,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Angka 32,000 itu boleh dianggap terlalu sedikit berbanding tahun-tahun lain dengan pengeluaran wang syiling mencecah beratus-ratus juta keping bagi setiap jenis syiling.
Disebabkan perkara tersebut, syiling 10 sen itu menjadi begitu bernilai sehingga angkanya mencecah ratusan ringgit.

Rumah Agam Milik Michael Jackson Dilelong RM71.7 Juta


Siapa yang tak kenal dengan Michael Jackson, Raja Pop Dunia. beliau memang sangat diminati dan digilai oleh segenap pelusuk dunia dari barat hinggalah ke timur. Sememangnya beliau sangat disanjungi dan dihargai. Bila saja berita tentang kematiannya tersebar orang ramai di seluruh dunia sangat bersedih dengan kehilangannya dan mereka meratapi kematian beliau. Setelah hampir tiga tahun peninggalannya, akhirnya rumah agam milik mendiang Michael Jackson dijual dengan harga AS$23.9 juta (RM71.7 juta).







LOS ANGELES: Rumah agam mewah milik raja pop dunia, Michael Jackson yang menghembus nafas terakhirnya di situ, kini dijual pada harga AS$23.9 juta (RM71.7 juta) dengan seorang selebriti terkenal berminat membelinya.

Laman web selebriti, TMZ dan ejen hartanah berkata, rumah agam berkenaan mempunyai tujuh bilik tidur, 13 bilik mandi dengan konsep kediaman ala reka bentuk Perancis serta dilengkapi panggung teater, gim, spa dan kolam renang.

“Hartanah ini menawarkan kehidupan glamor, bergaya dan serba mewah," kata laman web itu.

Kediaman Jacko itu dibina pada 2002 di Daerah Holmby Hills di barat Los Angeles yang berkeluasan 1,580 meter persegi untuk ruang tamu selain 0.5 hektar lagi untuk lanskap.

TMZ melaporkan, kediaman itu mula dijual Isnin lalu dan seorang selebriti terkenal bersedia untuk melawat hartanah itu, esok.

Sementara itu, ejen hartanah Mauricio Umansky dari Beverly Hills, berkata pihaknya hanya akan berurusan dengan pembeli yang berminat sahaja dan mempunyai kelayakan terutama dari segi kewangan.

Raja pop dunia itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009 ketika berusia 50 tahun di rumah agam berkenaan. - AFP

Facebook Timeline Cover Yang Unik

Kemunculan Facebook Timeline menjadikan suasana paparan profil individu lebih menarik. Ruang gambar utama telah dijadikan sebagai ekspresi diri dan kreativiti pemilik akaun Facebook. Nak tahu bagaimana mereka menghasilkan mesej kepada orang lain tentang diri mereka. Saksikan di bawah:



  







Samsung Flip Baru


Samsung merupakan pengeluar telefon bimbit yang sangat terkemuka di dunia. Pada tahun 2011 ia  berada di tempat kedua dalam penjualan telefon bimbit di belakang Nokia dengan jumlah jualan sebanyak 329 juta setakat tahun 2011. Pelbagai inovasi dan rekaan konsep menarik diperkenalkan oleh Samsung untuk menarik minat pembeli. Ini merupakan rekaan konsep Samsung Flip yang sangat cantik dan cool di hasilkan Nick Trumbo.

Menarikkan inovasi telefon pintar sekarang ni, selain daripada mempunyai fungsi yang pelbagai ia juga mempunyai reka bentuk yang elegan dan sangat bergaya contohnya seperti Samsung Flip ini.




Bahaya Jilat Sampul Surat


Mungkin masih ada di antara kita yang masih lagi menggunakan surat sebagai salah satu cara untuk berhubung. Cara yang paling cepat untuk melekatkan sampul surat adalah dengan menggunakan span basah.

Kisah menarik mengenai seorang wanita yang menggunakan lidah untuk menggantikan span basah bagi melekatkan sampul surat dan setem.

Pada suatu hari, seorang perempuan sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk melekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga perempuan itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.

Luka itu membengkak. Perempuan tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risaukan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Perempuan itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari. Bengak pada lidah perempuan tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan perempuan itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu.

Doktor terus menasihati agar perempuan itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah perempuan tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu.

Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Berikut adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”

Fakta Tentang Nyamuk


maklumat tentang nyamuk aedes

  1. Mempunyai 100 mata di kepalanya.
  2. Mempunyai 48 gigi.
  3. Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
  4. Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
  5. 3 pasang sayap.
  6. Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.
  7. Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
  8. Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah.
  9. Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.
  10. Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop.


Google Perkenalkan Google Play


Google telah menggabungkan semua muzik, filem, buku dan aplikasi disimpan dalam talian di bawah satu platform iaitu Google Play. Bermula pada hari Selasa,  Android Market akan dikenali sebagai Google Play Store. Google's eBookstore yang baru-baru ini melancarkan perkhidmatan muzik juga akan menjadi sebahagian daripada Google Play Store. Pemilihan buku yang sama, muzik dan filem boleh didapati di Android Market.

Penjenamaan semula dengan siri tweaks yang direka untuk memudahkan pelanggan bagi menguruskan kandungan mereka dan navigasi dari satu kedai (store) lain.  Pelanggan tidak perlu risau kerana ia tidak memberi kesan kepada kandungan digital yang disediakan yang ada telah beli dan disimpan dalam data Google dan dilindungi dengan kata laluan akaun.

sumber:speakerpecah

Wanita Terlebih Manja Membosankan??

CIRI CIRI WANITA MANJA
CIRI WANITA MANJA
Sikap manja wanita kadang-kala dikategorikan sebagai mengada-ngada oleh sesetengah lelaki.   Ada lelaki yang menginginkan teman wanita mereka seorang yang mampu berdikari, mampu membuat suatu keputusan tanpa menunggu jawapan malah kalau boleh semuanya sendiri.

Menurut John Gray dalam bukunya, Mars and Venus on a Date, lelaki memang menyukai wanita yang mampu berdikari dan mampu melakukan segalanya sendiri tetapi pada masa yang sama lelaki juga sebenarnya perlukan perhatian yang sama dari wanita.

Namun harus diingat, manjanya jangan berlebihan kerana lelaki cepat bosan dengan situasi ini.  Tapi awas juga, jangan terlalu berdikari kerana lelaki biasanya penuh dengan ego dan mereka akan mengambil kesempatan di atas perkara ini.

 sumber 1 dot spot


Gambar Semasa Pembinaan Eiffel Tower


Menara Eiffel adalah salah satu struktur yang paling terkenal di dunia. Ia telah dinamakan selepas nama Eiffel Alexandre yang merupakan salah seorang engineers menara yang dibina  pada tahun 1888 ini.Kos pembinaan £ 260.000 dengan kebanyakan wang disediakan oleh Eiffel sendiri dan kerajaan Perancis.

Alexandre Gustave Eiffel 


Pembinaan Eiffel


Menara ini berdiri 324m atau bersamaan bangunan 81 tingkat.Ia mempunyai tiga peringkat untuk dilawati. Tiket terbahagi dua, sama ada pelawat naik melalui tangga atau lif, untuk level pertama dan kedua. Berjalan kaki dari paras bawah ke level yang pertama adalah sebanyak 300 langkah, sama juga seperti berjalan kaki dari level pertama ke level kedua.Level ketiga dan tertinggi hanya boleh diakses oleh lif. Kedua-dua peringkat pertama dan kedua mempunyai restoran.

Restoran

Hydraulic


*Pada tahun 1957, pemasangan antena radio dilakukan di bahagian atas menara ini.
*Pada 28 Nov 2002, jumlah pelawat mencecah 200,000,000.
*Pada 2004, ia mula menawarkan ice skating rink di tingkat pertama pada setiap musim winter.

Pemandangan kota paris dari atas menara Eiffel


gambar aaron aziz di eiffel tower
gambar aaron aziz dan isteri di paris
gambar aaron aziz dan istri di paris