Tips Sebelum Kawin


Tips Untuk Bakal Pengantin
Tips sebelum berkahwin

Musim cuti sekolah memang merupakan pilihan buat bakal pengantin untuk melansungkan majlis perkahwinan . menggunakan kesempatan yang ada ni untuk aku berkongsi serba sedikit tips untuk bakal pengantin . TAHNIAH untuk yang bakal bergelar suami/isteri .

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Semoga tips ni boleh membantu korang.

apa nak buat malam pertama?

http://intim.wordpress.com/2007/01/18/tips-hubungan-seks-di-malam-pertama/


10 Tips Jadi Jutawan Yang Berjaya


Menjadi seorang jutawan memang menjadi impian semua orang. Tanyalah pada sesiapa sahaja, tak kira bangsa, warna kulit dan agama pasti mengimpikan untuk menjadi jutawan.

Tetapi persoalannya bagaimana hendak menjadi jutawan? apakah resepi untuk menjadi jutawan? Memang ada cara dan resepinya untuk menjadi jutawan. Resepinya adalah anda perlu mempunyai faktor-faktor berikut.

Faktor-faktor ini saya ambil dari email jutawan kesayangan kita Irfan Khairi. Baca dan lihatlah kedalam diri sendiri, ada tak faktor-faktor yang tertera di bawah ini dalam diri kita. Kalau tak ada kena lah berubah cepat-cepat.
Carta top 10 faktor seorang Jutawan!
Oleh: Irfan Khairi
Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…


10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan
Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi
Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. Mencintai karier dan perniagaan
Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain
Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong
Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain
84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin
Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang
Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.
Bagaimana? Adakah anda mempunyai faktor-faktor di atas? Renung-renung kan

Solat Jemaah Dalam Bekas Runtuhan Masjid


ARRAYAH.INFO, India, 7 November 2011 - Masjid Babri atau Masjid Babur ialah sebuah masjid bersejarah yang terletak di atas bukit Ramkot dan terbesar di Uttar Pradesh di utara bandar Ayodhya, barat India. Ia dibina atas arahan Babur, Maharaja Mughal yang pertama pada abad ke-16.

Pada 6 Disember 1992, 19 tahun dahulu, lebih 150,000 penganut Hindu yang nasionalis telah merobohkan Masjid Babri walaupun tidak dibenarkan Mahkamah Agung India. Mereka dihasut oleh pemimpin politik terutama daripada Parti Bhartiya Janata (BJP) yang mahu berkuasa di India.

Umat Islam terpaksa mempertahankan masjid tua itu daripada dirobohkan dan telah menyebabkan sebanyak 2000 penganut Hindu dan Islam telah terkorban
.


Sistem Demokrasi yang Menipu


India adalah terkenal sebagai sebuah negara warisan penjajah British di mana sistem demokrasi telah berkembang amat pesat.

Namun begitu, pada 6 Disember 1992, sejarah India akan diingati selama-lamanya kerana pada tarikh itu pada tahun 1992 demokrasi akhirnya dihina di India dengan keruntuhan dan pemusnahan Masjid Babri dan susulan penyeksaan terhadap umat Islam di seluruh India.

Apabila keruntuhan dan pemusnahan Masjid Babri, kerajaan Kongres iaitu pemerintah telah berjanji untuk membina semula masjid di tapak di mana ia wujud, tetapi sehingga kini tarikh pembinaan belum bermula.

Dalam usaha untuk menindas umat Islam yang menuntut pembinaan semula Masjid, ada pihak yang melakukan pelbagai tindakan jahat yang merosakkan dan melemahkan umat Islam.

Rekod hak asasi manusia India dikenali sebagai sangat rendah dan media cekap menyembunyikan fakta penyeksaan jika mangsa-mangsa adalah orang Islam.


Masjid Berjaya Diruntuhkan Tapi Akidah Umat akan Terus Dipertahankan

Begitulah yang berlaku di India yang diperintah menggunakan Sistem Demokrasi yang menipu. Kepimpinan yang rosak dan rasuah adalah punca yang telah menganiaya umat Islam dengan cara yang keji.

Juga, kepimpinan Islam dikawal oleh parti pemerintah di kedua-dua bahagian iaitu di pusat dan negeri-negeri dan juga di Kongres menyebabkankan pihak pemimpin-pemimpin Islam telah memenuhi permintaan peribadi mereka.

Akibatnya, umat Islam telah dikhianati oleh pemimpin-pemimpin yang mendakwa melindungi kepentingan mereka.

Sesungguhnya, Islam ada penyelesaiannya dengan berusaha kembalikan Khilafah dengan segera agar

Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu bagaikan perisai; tempat orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung dengannya (Hadis Riwayat Muslim). Insya Allah. [arrayah.info/abuidris]

Harga & Spesifikasi Perodua Myvi Extreme 1.5 Baru

Perodua Myvi baru 1.5 Extreme Majestic Yellow

KHABAR angin yang mengatakan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bakal mengeluarkan model Myvi enjin bersesaran lebih besar akhirnya terjawab dengan pelancaran dua model Myvi 1.5 liter minggu lalu.

Kehadiran dua model terbaru iaitu Myvi 1.5 SE dan Myvi 1.5 Extreme, melengkapkan lagi produk keluaran Perodua bagi mereka yang mahu memiliki enjin lebih bertenaga.



Sebelum ini, model Myvi diperkenalkan sejak enam tahun lalu sudah mencatat jualan 487,400 unit antara Mei 2005 hingga Mei 2011.

Ketika sesi pandu uji yang dibuat dua hari sebelum pelancaran minggu lalu, penulis terpikat dengan penampilannya kerana terdapat perubahan pada kit badan.


Kit badan yang dipadankan pada kenderaan ini terutama model Myvi 1.5 Extreme tampak garang dan agresif.

Bampar hadapan dipadankan lampu kabus kelihatan lebih rendah dengan kombinasi warna lebih gelap pada bahagian bawahnya tampak unik dan sporty sekali gus memberi kestabilan ketika meluncur di jalan raya.

Spoiler belakang tinggi dan lebar turut memberi keistimewaan pada jentera ini khasnya bagi meningkatkan kestabilan kereta ketika dipandu laju.

Boleh dikatakan, bakal pemiliknya tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak semata-mata untuk memasang aksesori tambahan untuk membuat kenderaan itu lebih bergaya dan menarik.

Ketika menerjah bahagian dalamnya, kombinasi warna hitam yang memenuhi ruang kabin nampak sporty dan bergaya.

Kerusinya juga nampak eksklusif apabila dibaluti kulit sekali gus mudah dicuci jika tertumpah makanan atau minuman.

Ruang meletak barang juga besar dengan kapasiti 60:40 sekiranya kerusi bahagian belakang dijatuhkan.

Paling menarik, sistem audionya yang dilengkapi panel skrin sesentuh dengan teknologi terkini memberi impak pada kenderaan ini kerana dilengkapi sistem navigasi.

Selain itu, ia boleh memainkan cakera padat digital (DVD), sambungan melalui Bluetooth dan USB.

Walaupun diberi peluang memandu kira-kira 10 kilometer pada sesi pandu uji itu, penulis dapat merasakan kuasa enjin yang dibekalkan cukup bertenaga.

Kenderaan ini meluncur laju apabila menekan sedikit pedal minyak dan tidak memberi masalah untuk memotong kenderaan lain atau mendaki bukit.

Ia dipadankan enjin 1.5 liter DOHC dengan 16 injap DVVT dan difahamkan hampir sama model kereta pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

Enjin berkenaan mampu menghamburkan kuasa maksimum 76 kW pada 6,000 rpm, manakala 136 Nm pada 4,400 rpm bagi kuasa kilasnya.

Perodua mendakwa kenderaan yang dipadankan enjin 1.5 liter itu mampu memecut pada tahap pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dengan hanya mengambil 9.98 saat berbanding 12.49 saat bagi Myvi 1.3 liter SE sebelum ini.

Suspensinya terasa sedikit keras berbanding model sebelum ini dan ia ditala sedemikian bagi memberi kestabilan ketika di selekoh atau meluncur laju di lebuh raya.

Model ini masih mengutamakan keselamatan apabila didatangkan dengan Sistem Brek Antikelincir (ABS) dan Agihan Brek Elektrik (EBD) serta dilengkapi dua beg udara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pemilihan warna kuning bagi model Myvi 1.5 itu membuatkan ia nampak kelainan berbanding produk Perodua yang lain.

“Banyak pengubahsuaian yang dilakukan pada model ini serta ia sangat berbaloi untuk dimiliki.

“Kami menjangka model terbaru ini bakal menyumbang 45 peratus bagi purata jualan 8,000 unit Myvi dan mensasarkan jualan 190,000 unit pada tahun ini,” katanya pada majlis pandu uji media di Cyberjaya, minggu lalu.

Tiga warna ditawarkan bagi Myvi 1.5 liter Ektreme iaitu kuning, putih dan hitam, manakala lima warna buat Myvi 1.5 liter SE.

Kedua-dua model berkenaan didatangkan dengan transmisi manual dan automatik serta dijual antara RM50,900 hingga RM61,700 mengikut spesifikasi kenderaan.





SPESIFIKASI:


MYVI EXTREME:







  • (AUTOMATIK)

    ENJIN:
  • bersesaran 1,495 cc, DOHC, 16 injap dengan DVVT

    KUASA MAKSIMUM:
  • 76 Kw pada 6,000 rpm

    TORK MAKSIMUM:
  • 136 Nm pada 4,400 rpm

    CIRI-CIRI KESELAMATAN:
  • ABS, EBD dan BA

    HARGA:
  • RM61,700

    TAYAR YANG DICADANGKAN:
  • ContiCross Contact LX 265/65R17 112T








  • Rosyam Nor Dalam KL Gangster 2



    Baru-baru ini Syamsul Yusof mengesahkan yang beliau sedang bekerja untuk KL Gangster 2 yang akan memulakan penggambaran sekitar November 2011.
    Setelah berjaya dengan kutipan cecah panggung RM12 juta melalui filem aksi, KL Gangster, nampaknya Syamsul semakin giat dan berusaha untuk memastikan KL Gangster 2 lebih mantap dan menjanjikan adrenalin yang lebih bertenaga.
    Satu lagi kejutan yang disampaikan oleh Syamsul ialah, beliau berjaya membawa masuk nama besar yang dicarinya sejak filem pertama iaitu Rosyam Nor. Rosyam Nor bakal bawa utama dalam KL Gangster 2 kelak.
    Pelakon-pelakon lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim dan Soffi Jikan masih dikekalkan dalam filem ini. Pasti lebih menarik dengan aksi-aksi yang bertenaga.

    Sinopsis Karipap Karipap Cinta


    Sinopsis Karipap Karipap Cinta:- Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri.
    Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.
    Dalam usaha untuk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.
    Tajuk Filem:
    Karipap Karipap Cinta
    Pengarah:
    Othman Hafsham
    Penerbit:
    Cinematic Sdn. Bhd.
    Dipawagam:
    31 Ogos 2011
    Pelakon Karipap Karipap Cinta:
    Gambit Saifullah
    Melia Aimellia
    Eman Manan
    Sani Sudin
    Rosnah Johari
    Patrick Teoh
    Chef Wan
    Ery Zukhairi

    Bila Perempuan Serius Dalam Percintaan



    1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu


    2. Walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu

    3. Menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu

    4. Menghadiahkan hadiah pada hari jadi kamu dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni

    5. Tetap tenang bersama kamu walaupun kamu meninggikan suara

    6. Tidak menitiskan air mata dihadapan kamu walaupun kamu melukai hati si dia dengan sengaja  atau tidak sengaja

    7. Memahami karier kamu sebagai seorang insan yang perlu memegang tanggungjawab kepada keluarga kamu dahulu

    8. Meletakkan diri kamu selepas Allah, Ibu bapa, keluarga, kerjaya

    9.  Tidak mengungkit kisah peribadi kamu

    10. Tidak meletakkan tahap pelajaran atau membezakan tahap pelajaran dengan kamu

    11. Cukup sekadar kamu sedar tanggungjawab kamu kepada keluarga kamu terlebih dahulu dan seterusnya barulah kepada si dia

    12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu

    13. Tidak merengek walau ada ular di dalam rumah

    14. Mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia

    15. Akan merasa rindu tatkala kamu jauh denganya

    16. Akan memberikan kata2 semangat bila kamu kecewa atau bila kelab bola sepak kamu terkandas

    17 . Boleh support kelab bola kegemaran kamu walaupun si dia memiliki kelab bola kegemaran sendiri

    18. Mempelajari aktiviti seharian kamu

    19. GOOGLE segala bagai info untuk membantu kamu menduduki peperiksaan dimana bila bersembang korang tak sembang kosong walaupaun ada 24 JAM masa sebelum menduduki peperiksaan

    20. Membantu kamu dengan mengemaskinikan segala bagai fail untuk memastikan kamu tidak dipanggil oleh pensyarah sekiranya MQA serang

    21. Memasak masakan KEGEMARAN kamu walaupun pada ketika itu dia sedang bergelumang dengan assignment bagai

    22. Menjaga air muka kamu walaupun ketika itu kamu tiba2 tergelincir ketika berjalan di atas lantai yang basah

    23. Dengan rela hati menaip segala bagai kisah couple kamu ngan si dia di dalam BLOG

    24. Sabar menunggu KAMU MASUK MEMINANG

    25. Memujuk kamu dengan pelbagai skill memandangkan kamu ni kepala batu

    26. Sedaya upaya membantu jika terdapat kesulitan yang dihadapi

    27. Tidak kisah kamu nak berkawan dengan siapa, janji kamu tetap menjalankan tanggungjawab kamu iaitu, menjaga si dia,

    28. Sabar dengan dugaan dalam menangani perangai kebudak budakan kamu

    29. Sentiasa MESEJ atau CALL walau kamu tak reply atau tak angkat

    30. Sentiasa mendokan kesejahteraan kamu

    31. bersikap dewasa dalam menjalani kehidupan bersama kamu

    32. Menunjukkan PERASAAN ingin mengenali ahli keluarga kamu

    33. Sentiasa bertanyakan khabar IBU dan BAPA kamu

    34. Sanggup turun SELATAN - UTARA untuk bersama kamu untuk menemani kamu menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN sahabat kamu

    35. Menyediakan baju melayu kamu atas permintaan  kamu untuk di pakai DI HARI RAYA YANG MULIA

    36. Membuat KUIH RAYA untuk kamu memandangkan kuih raya yang kamu minati susah nak dapatkan dipasaran

    37. KAMU adalah orang yang pertama di cari SEMASA DI PAGI RAYA

    entry yang lepas
    http://beritamaster.blogspot.com/2011/07/bila-lelaki-serius-dalam-percintaan.html



    Rahsia No Kad Pengenalan


    Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

    Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

    Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

    SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-
    Johor 01,21,22,23,24
    Kedah 02, 25, 26, 27
    Kelantan 03, 28, 29
    Melaka 04, 30
    Negeri Sembilan 05, 31,59
    Pahang 06, 32, 33
    Pulau Pinang 07, 34, 35
    Perak 08, 36, 37, 38, 39
    Perlis 09, 40
    Selangor 10, 41, 42, 43, 44
    Terengganu 11, 45, 46
    Sabah 12, 47, 48, 49
    Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
    Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
    Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
    Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
    Negeri Tidak Diketahui 82

    Melukis Guna Kereta Kontrol


    Ian, 28, menggunakan pemainan kereta kawalan jauh untuk mencipta karya seni lukisan sebuah kereta sebenar..
    peminat dunia permotoran berlumba-lumba untuk mendapatkan hasil karya seninya,

    Ian Cook, 28,mengawal permainan kanak-kanak di seluruh kanvas dicat untuk mewujudkan apa yang beliau sifatkan sebagai Popbang gambar.

    Graduan seni halus, dari Birmingham, mendapat idea itu pada tahun 2007 selepas teman wanitanya membelikanya permainan kereta kawalan jauh dari Kereta filem dan memberi amaran kepada beliau tidak melukis sebarang cat di atasnya.

    Beliau kini mempunyai 100-an kereta kawalan jauh di studio dan telah mencipta berpuluh-puluh keping untuk firma-firma besar termasuk Vauxhall, Chevrolet dan Citroen.


    peminat kereta telah menyifatkan lukisannya sebagai "friendly explosion of colour".


    alat kawalan jauh itu digunakan sebagai berus untuk melukis lukisanya,

    Fizo Omar Akan Muflis


    Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama Fizo Omar kini diburu sebuah bank kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta. Pelakon berusia 26 tahun mendakwa namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.

    Pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008. Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

    Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.

    P/s: Bahaya kalau jadi penjamin kat sesiapa pon kalau orang tu tak bayar...

    Sumber: budakbotak

    Nazmi Faiz Mansor


    Nama : Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor

    Nama Panggilan : Nami,  Nazmi

    Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994

    Tempat Lahir : Kuala Lumpur

    Asal : Keramat, Kuala Lumpur

    Umur : 17 Tahun

    Tinggi : 1.67m

    Posisi : Tengah

    Pasukan : Harimau Muda B

    Antarabangsa : Harimau Muda (Bawah 23)

    Restoran Atas Batu

    Restoran Rock yang terletak di tengah-tengah Lautan Hindi, di luar pantai Zanzibar, Tanzania merupakan restoran makanan laut yang sangat kecil. Restoran ini terletak tidak jauhdari pantai Michanwi Pingwe. Untuk mereka yang ingin ke restoran ini, ia bergantung pada pasang surut pada hari itu. Boleh pergi dengan menaiki bot atau pun berenang. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan laut seperti udang galah, sotong, ikan Carpaccio, timun jepun dan sebagainya. Makanan laut yang disediakan adalah sentiasa segar. Dalam erti kata lain, restoran ini juga boleh dijadikan tempat makan yang romantic untuk pasangan kekasih dan bersesuaian juga untuk seisi keluarga. Mari kita lihat suasana Restoran Rock ini. Selamat melihat. 
















    sumber: http://faceboored.blogspot.com/2011/12/menarik-restoran-di-atas-batu-13-gambar.html

    Gambar KLIA 2 Atau LCCT Baru


    Lapangan Terbang Tambang Murah Terbesar Dunia - KLIA 2 bagi menggantikan LCCT 



     persaingan dalam arena globalisasi memerlukan Malaysia untuk lebih menonjol dalam semua hal. Dah lama Malaysia menyepikan diri dalam menyinarkan Malaysia di persada dunia in the field of building development.

    Untuk rekod, Malaysia pernah menempa nama dengan pembinaan menara berkembar Petronas yang menjadi menara tertinggi dunia selama 6 tahun, dan sekarang that twin tower still hold as the tallest twin tower in the world (So proud of you). The best part is, most of the reviews menyatakan bahawa Petronas Twin Tower adalah bangunan yang awesome dengan rekaan 8 penjuru dari asas kesenian Islam.

    Dan, pembinaan KLIA yang dulunya pernah menjadi isu besar kerana kos kini telah meletakkan Malaysia sebagai hub pelancongan, perdagangan dan pengangkutan utama asia tenggara (but still cannot challenge Changi Airport, Singapore); dan KLIA merupakan lapangan terbang ke-9 terbaik dunia bagi tahun 2011 dengan anugerah pengurusan imigresen terbaik dunia.

    Dan sekarang, KLIA2 kini bakal menjelma untuk menempatkan lapangan terbang tambang murah terbesar dunia. Harap semua orang tahu yang AirAsia merupakan penerbangan tambang murah terbaik dunia dan KLIA2 akan menjadi hub utama untuk AirAsia.

    Menggantikan LCCT lama yang serba gudang, serabut, semak, bercelaru dengan sistem yang serba berterabur, KLIA2 yang serba moden mampu menguruskan 30juta penumpang setahun dengan pelbagai kemudahan yang serba canggih.

    KLIA2 akan dihubungkan dengan KLIA Express dari KLIA dan Kuala Lumpur Sentral, menjimatkan masa jika dibandingkan dengan menggunakan SkyBus, namun, kosnya akan berkali ganda mahal.

    Bahagian paling interaktif dalam rekaan KLIA2 ialah, fly over nya yang merentasi lapangan terbang. Skybridge dengan ukuran 300 meter yang menghubungkan terminal domestik dan antarabangsa adalah skybridge yang terpajang di rantau asia dan ke-tiga terpanjang di dunia.

    KLIA2 juga bakal menempatkan kawasan ruang niaga terbesar dunia iaitu seluas 70,000 meter persegi, lebih besar dari shopping mall di Changi Airport, Singapore.

    Lapangan terbang ini dijadualkan siap pada Oktober 2012, namun dianjakkan ke April 2013 kerana terdapat pengubahsuaian pembinaan dengan tambahan kos dari RM2.8billion ke RM4.0billion keseluruhan projek.

    Setelah siap, pihak Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) akan menaikkan cukai airport sebanyak 25% dari kadar sekarang manakala charge untuk skybridge adalah sebanya 25sen seorang yang akan dicaj bersama tiket penerbangan.

    Sumber: Super Smart