Ular Sawa Jadi Mainan

Kalau baca Mingguan Malaysia hari ini, ada berita tentang penangkapan ular sawa yang menyerang seorang penduduk felda dengan anak lelakinya. Tapi, dalam gambar ni lain pula ceritanya. Tengoklah budak kat atas tu, selamber jer baring-baring atas badan ular sawa tu. Kata orang, kalau ular sawa tu dah kenyang, ular sawa takkan menyerang.







Fungsi Keyboard Komputer



rahsia? apa yang rahsia? sebenarnya takde la rahsia sangat, tapi lebih kepada tips supaya korang senang nak blogwalking atau melayarai internet..

keyboard dan mouse adalah alat paling penting semasa kita sedang guna laptop atau pc..

apa yang aku nak bagitau ni?


----------------------------------------

Buka Link ke New Tab:

ctrl + click



untuk korang buka link ke new tab, cuma perlu tekan button ctrl kat keyboard korang dan sambil tu klik pada link.. ok, cuba bukak gambar kat atas ni ke new tab..




scroll click



satu lagi cara untuk buka link ke new tab, cuba korang tekan mana2 link dengan scroll button pada mouse korang dan tengok apa yang terjadi..

untuk menutup tab yang korang dah bukak banyak2, juga boleh guna cara ni, Scroll Click



----------------------------------------

Zoom Pada Browser:

ctrl + scroll up/down


yang ini pun masih ramai yang tak tau.. untuk zoom, tekan button ctrl pada keyboard, sambil tu korang scroll up/down pada mouse..

untuk kembali kepada size/view asal, cuma perlu tekan button [ctrl + 0]..




----------------------------------------

sebenarnya banyak hotkey yang korang taktau.. bukan semua orang taktau, tapi ada segelintir yang masih taktau..

gunakan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk memudahkan urusan korang semasa ber-browsing atau blogwalking
)

Tanda-tanda Cinta Ditolak

Tanda-Tanda Cinta Direject?
Pernahkah anda terpandang seorang wanita yang sangat menarik lalu ingin mendekatinya? Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita. Apabila sudah mula kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada di sisinya.

Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama jinak-jinak merpati. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya. Berikut tanda-tanda wanita yang sebenarnya menolak pelawaan anda untuk menjadi pasangan anda:

1. Dia tidak membalas panggilan anda
Siapa yang tidak riang bila si dia menelefon. Sekalipun hanya bertanya khabar berita atau mendendangkan kata-kata romantis, ia sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tatkala anda menelefon dan dia mengelak menjawabnya, ia petanda awal anda bukanlah istimewa sangat. Lebih buruk jika anda meninggalkan mesej dan dia tidak membalasnya.



2. Dia cuba menjodohkan anda dengan kawannya
Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si gadis memberitahu anda nampak sepadan dengan kawannya atau si polan dan si polan. Dia akan bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan anda bahawa anda tersilap memilihnya. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.

3. Tiada bahasa tubuh
Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia. Kalau tiada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.

4. Menolak pelawaan anda dengan baik
Apabila sudah sayang, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.

5. Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat
Dari salam perkenalan anda ingin menjalin perhubungan yang lebih erat. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya.


P/S:Konklusinya bercinta lah dgn org sama2 suke..bak kata pepatah jgn bertepuk sebelah tangan :)

Kenali Bandar Paling Kotor Didunia



Tahukan anda bandar manakah yang paling kotor di dunia?, berdasarkan senarai yang di keluarkan oleh Mercer dalam banciannya Index Kesihatan dan Kebersihan di bandar Baku, Azerbaijan menunjukkan angka 27.6 iaitu angka terendah di antara bandar-bandar lain di dunia.


Hampir kesemua bandar yang dikategorikan dalam senarai bandar kotor dunia menghadapi masalah dengan bahan buangan seperti sampah dan juga pengurusan bahan buangan industri yang bertoksik.


Akibat daripada lambakan bahan buangan tersebut punca air telah tercemar dan menjadikannya merbahaya untuk digunakan.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada pihak berkuasa dan juga para kontraktor yang bergelumang dengan aktiviti pembuangan bahan kotor bagi membersihkan kawasan bandaran kita.
Kerja buang sampah memang lansung tak glamor, tapi sudah tentu ia merupakan satu kerja yang teramat mulia yang banyak memberikan sumbangan kepada tahap kehidupan dan tahap kesihatan orang ramai.


Jangan pandang rendah dan jijik pada para pekerja sampah yang sering meninjau tong sampah kawasan rumah kita, dan jangan lupa ucapkan terima kasih. Bayaran yang mereka perolehi sebenarnya tak setimpal dengan jasa yang mereka curahkan.

Berikut 10 Bandar Paling Kotor Di Dunia:

10. Brazzaville, Congo
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 39.1
9. Almaty, Kazakhstan
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 39.1

8. Baghdad, Iraq
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 39

7. Mumbai, India
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 38.2

6. Addis Ababa, Ethiopia
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 37.9

5. Mexico City, Mexico
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 37.7

4. Port au Prince, Haiti
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 34

3. Antananarivo, Madagascar
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 30.1

2. Dhaka, Bangladesh
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 29.6

1. Baku, Azerbaijan
; Mercer Health and Sanitation Index Score: 27.6