APA ITU ENDEMIK

 


Apa itu endemik? Untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu, berikut penjelasan makna di sebalik yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu endemik dan epidemik.


Endemik


Endemik ialah merupakan merujuk kepada penyakit atau wabak yang akan wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu setiap masa. Seperti covid ia akan sentiasa ada didalam kalangan masyrakat setiap masa. kita perlu hidup bersama covid.

Ini termasuk penyebaran wabak dalam situasi yang lebih besar seperti melibatkan sebuah negara.

Perkara ini juga membawa maksud kepunyaan atau berasal daripada sekumpulan manusia di sesuatu tempat tertentu.

Penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia.

Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah  Congo, Madagascar dan juga Peru.

Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo; wabak bubonik di Madagascar; dan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi di Peru.



Epidemik

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), epidemik membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama.

Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti.

Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini.

Contoh wbak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998.