Sinopsis Filem Ngangkung


Sinopsis Ngangkung:- ‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.
Tajuk Filem:
Ngangkung
Pengarah:
Ismail Bob Hasim
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
25 November 2010
Pelakon Ngangkung:
Shaheizy Sam
Azad
Angah Raja Lawak
Putri Mardiana
Eira Syazira
Echa
Azlee Senario
Ruzaidi Abdul Rahman
Reanna
Mazlan Pet Pet

Kereta Daripada Kayu


 














Sinopsis Filem Cun


Sinopsis Cun:- Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

Tajuk Filem:
Cun

Pengarah:
Osman Ali

Penerbit:
Tayangan Unggul Sdn. Bhd dan Nuansa Sdn Bhd

Dipawagam:
31 Mac 2011

Pelakon Cun:
Maya Karin
Remy Ishak
Faezah
Nadiyatul Nisaa
Kartina Aziz
Ning Baizura
Jehan Miskin

Senarai Geng Mafia Paling Terkenal

Aryan Brotherhood (AB,The Brand)
aryan brotherhood 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan gengster ini terdapat di penjara AS. Populasi kumpulan ini adalah 1% meliputi seluruh penjara As dan 26% kes di penjara adalah melibatkan pembunuhan banduan. Ahli kumpulan paling banyak ditemui di State Prison (California). Untuk join kumpulan ini, anda harus membunuh seorang banduan dan kepada sesiapa yang meninggalkan kumpulan ini akan dibunuh oleh geng-geng dalam kumpulan tersebut. So, kalau dah join tu, tak payahlah tinggalkan kumpulan nie ye.
Mexican Mafia (La eMe)
mexican mafia la eme gangs 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini terdapat di penjara Mexico dan bermula pada tahun 1950 di Tracy California. Kumpulan ini menjalankan kegiatan mengedar dadah, memeras ugut dan membunuh. Selain itu, kumpulan ini ade kaitan dengan kumpulan Aryan Brotherhood dan mempunyai undang-undang tersendiri iaitu pendedahan ahli kepada orang ramai, tidak ada hubungan Homoseksual dan tidak perlu ada sifat pengecut untuk membunuh orang awam. Kumpulan seperti ini tidak boleh mempratikkan agama kristian dan sekiranya salah seorang ahli kumpulan yang keluar dari penjara, beliau harus menghantarkan perbelanjaan kepada ketua mereka di penjara.
The Mungiki (Kenyan Mafia)
kenyan mafia 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Tiada di benua Amerika dan hanya boleh ditemui di Perkampungan Nairubi di Kenya dan ditubukan pada tahun 1980. Kumpualan ini menentang agama kristian dan juga pengaruh barat. Antara aktiviti kumpulan ini adalah nyerang musuh dengan memotong kepala, memotong kemaluan (perempuan) dan mecacat anggota badan dan sebanyak 50 orang mati sejak kumpulan ini ditubuhkan. Mempunyai hubungan dengan US tapi setakat ini tiada bukti yang kukuh.
Primeiro Comanda da Capital (PCC)
Primeiro+Comanda+da+Capital+%2528PCC%2529 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini terdapat di Brazil dan merupakan kumpulan yang baru ditubuhkan oleh banduan Brazil. Ditubuhkan pada tahun 1993 oleh 8 orang ahli (paling sikit). Kumpulan ini menentang polisi kerajaan Brazil (sekarang) dan pada tahun 2006, sebanyak 300 serangan dilancarkan ke kemudahan awam. Bayaran juga akan dikenakan kepada ahli kumpulan iaitu sebanyak $27 di dalam penjara dan $270 di luar penjara. Sebaik sahaja diperkenalkan kepada ahli kumpulan, Korang layak untuk menganggotainya.
Black Guerilla Family (Black Family,Black Vanguard)
black guerillas 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini ditubuhkan oleh George Jackson pada tahun 1996 di Marin Country, California. Dianggotai oleh kaum American-African dan tujuan utamanya ialah membela maruah orang kulit hitam di penjara dan menjatuhkan kerajaan AS serta memperjuangkan falsafah ekonomi Marrxism. Pada hari ini, jumlah anggota meningkat ke 50 000 dan syarat untuk join adalah anda adalah seorang yang berkulit hitam.
La Nuestra Familia
nuestra leaders 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini ditubuhkan pada 1968 oleh Mexican American yang terletak di penjara Northern California dan merupakan musuh ketat Mexican Mafia. Kegiatan yang dijalankan oleh kumpulan ini adalah mengedar dadah di penjara dan juga kegiatan pelacuran. Sekiranya ingin menjadi ahli, anda akan diberi masa 2 tahun dalam tempoh pemerhatian. Ahli kumpulan ini mestilah memberi lebih perhatian kepada kumpulan berbanding keluarga. Dan tiada ahli untuk wanita.
Texas Syndicate (Texas 7)
Texas+Syndicate+%2528Texas+7%2529 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini terdapat di California State Prison dan merupakan musuh ketat kepada Mexican Mafia dan Aryan Brotherhood. Orang bangsa Hispanic (orang yang berasal dari sepanyol) tidak dibenarkan menjadi ahli. Mereka anti Caucasian dan kebanyakkan ahlinya dari Mexico. Pada tahun 2000, kumpulan ini mempunyai ahli sebanyak 1000 di dalam penjara dan 830 di luar penjara. Kegiatan yang selalu dilakukan adalah lebih kepada kontrak pembunuhan, perjudian, peras ugut, dan mengedarkan dadah.
Crips
crips 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini bermula pada tahun 1969 oleh 2 budak berkulit hitam bernama Stanley Wiliam dan Raymond Washington. Kumpulan ini berasaskan kumpulan Black Panther (sila rujuk wikipedia.org) dan antara kumpulan yang berkuasa di AS pada hari ini. Keahliannya sebanyak 30 000 yang terdapat di dalam dan di luar penjara dan antara kegiatan yang mereka lakukan adalah membunuh, merompak dan menjual dadah. Warna pakai kumpulan ini adalah biru dan merupakan musuh kepada kumpulan Blood (kadang2 sesama kumpulan pon mereka bergaduh). Kumpulan ini terlalu besar dan sekarang sudah merebak ke Kanada.
Bloods
bloods 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Bertapak di Los Angeles dan musuh kepada Crips. Warna pakaian adalah merah bermula pada tahun 1972 bergerak secara perlahan dan kini telah menguasai seluruh bandar L.A. Mempunyai organisasi dan taktik tersusun. Kegiatan jenayah hanya tertumpu pada mengedarkan dadah.
Mara Salvatrucha (MS-13)
Mara+Salvatrucha+%2528MS 13%2529 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Dianggotai oleh rakyat Guatemala, Honduras, Salvador dan negara di Amerika Syarikat Tengah. Ditubuhkan pada tahun 1980 untuk melindungi imigrasi dari ancaman kumpulan jahat. Kumpulan ini juga tersebar ke Sepanyol, Amerika Syarikat, Great Britain, German dan Kanada. Bergiat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api mencuri, dan juga kontrak pembunuhan. Terdapat 10 000 keahlian di AS dan kumpulan ini berani membunuh sesiapa sahaja sekiranya kegiatan mereka di dedahkan kepada pihak kerajaan. Rekod jenayah yang paling baru adalah meletupkan sebuah bas yang menyebabkan kematian 28 kanak-kanak termasuk wanita.

Cerut Yang Ekslusif

1.Gurkha Black Dragon, Price: $1,150.00
2.Gurkha His Majesty's Reserve, Price: $750.00
3.Cohiba Behike, Price: $470.00

Top Ten Youtubers

Sekarang, sudah banyak cara boleh jadi popular.
Bukan sahaja dengan blog, tapi dengan Youtube pun boleh.
Kalau dulu, kita sering dihimpunkan dengan Youtubers / Vloggers daripada Barat, seperti NigaHiga, Kevumba, RayWilliamJohnson dan macam-macam lagi.
Tapi sekarang, vloggers daripada Malaysia juga sudah mula mendapat tempat di negara kita.

Sedang enak menikmati video-video vlogger Malaysia, aku terbukak video ni.
Iaitu video 'TOP 10 MALAYSIAN YOUTUBERS!' - iaitu sebuah video yang menyenaraikan Youtubers & Vloggers terkemuka di Malaysia.
Walaupun bukannya keputusan rasmi, tapi memang betul.
Mereka yang tersenarai adalah antara vlogger-vlogger Malaysia yang sedang mencipta nama sekarang,




 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Vlogger Malaysia yang berasal daripada Kedah dan kini sedang menuntut di Australia. Video-videonya penuh dengan unsur-unsur pengajaran dan juga humour. Rasanya, video yang menaikkan nama beliau dalam area vlogger di Malaysia adalah video 'Selamat Hari Ibu 2010' . Dan semenjak itu, video-video terbaru beliau sentiasa dinanti-nantikan oleh peminatnya.


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Seorang vlogger Malaysia yang tidak kurang hebatnya. Juga berasal daripada Kedah, dan videonya lebih berkisar kepada isu-isu semasa dalam masyarakat. Mengambil jurusan TESL, jadi, sebab itulah video-video beliau banyak menggunakan bahasa Inggeris. Tapi seingat aku, sekali dua je aku layan video mamat ni.


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Antara blogger yang hebat juga di Malaysia. Bekas pelajar UTP dalam kursus Kejutueraan Kimia. Rasanya ramai blogger , khususnya blogger perempuan kenal dan cukup familiar dengan Maria Elena ni kan? Secara jujur, memang aku suka sangat dengar Maria Elena si speaking English. Dan video-videonya pun kelakar dan lawak.


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Blogger yang sedang menuntut di University of Toronto, Kanada. Videonya lebih bersifat Islamik & dan apa yang menarik tentang vlogger ini adalah kamera & kualiti video yang dihasilkan.


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Seorang vlogger daripada Terengganu. Ada yang cakap best, ada yang cakap tak. Bagi aku, cara penyampaiannya & kualiti microphone yang digunakan agak tak best. Dan kebanyakkan video-videonya macam suka memburukkan orang lain. Entahlah. Lain orang, lain pendapat kan?


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Bila layan video daripada vlogger yang sedang menetap di UK ni, rasa macam layan video Kevjumba pulak. Seorang yang sangat kreatif. Cuma harap antonasi suara boleh dipelbagaikan dalam video-video yang akan datang sebab kalau tengok video-video yang lain, suaranya agak mendatar.


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Video-video yang dihasilkan oleh vlogger ni sangat sempoi. Menarik dan kreatif. Cuma kadang-kadang rasa singkat sangat video yang beliau buat.


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Antara vlogger dan pembuat filem indie yang sangat kreatif dan berani. Walaupun topik-topik yang dibincangkan agak berbentuk 18sx seperti 'Awek Melayu Gersang', 'Buah Dada Halal' dan macam-macam lagi.. Tapi memang sangat menarik video-videonya. Oh ya. Jangan tak tau yang Afiqsays selalu sangat keluar kat surat khabar & majalah. (Klik sini)


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Video-video yang dihasilkan penih dengan unsur lawak jenaka & humour. Memang menarik. Cubalah tengok. Confirm korang tergelak-gelak. Memang best! Rasanya Amir Raja Lawak pun tak boleh lawan lawak diorang. Haha


 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal
Pelajar UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. Memang cukup kreatif dalam menghasilkan video. Antara video yang best daripada Kyopropaganda adalah ToothBrusher Interview. Menarik dan kelakar!




Tapi rasanya, ada seorang selebriti Youtube Malaysia yang tertinggal dalam carta.
Cuba teka sapa?
Siapa lagi kalau bukan : Cikgu Shida Dari Parit

 vlogger, mat luthfi, ini anwar hadi, maria elena, afiqsays, malaysia, malaysian, youtube, celebrity, siapakah mat luthfi, biodata anwar hadi, video seks, awek melayu gersang, buah dada halal, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut, Shahrincool, Van Deanvar, Mentol Pecah, Kyopropaganda,  Cikgu Shida Dari Parit , malaysia, nigahiga, kevjumba, cara buat vlog, cara buat blog, vlogger malaysia, gambar vlogger, afiqsays keluar kosmo, tempat belajar mat lutfi , tempoat belajar ini anwar hadi, tesl, fesyen tudung maria elena, bf maria elena, abang fatin liyana, fatin liyana, honeykoyuki, gambar geng fatin liyana, geng maria elena, cik epal

Biarlah apa pun orang nak cakap. Aku pun tak minat dia ni.
Tapi rasanya dalam semua vlogger & Youtube Celebrities dalam Malaysia ni, dialah yang paling popular.
Banyak kali masuk TV, radio, surat khabar dan majalah.

Rahsia Salleh Yaacob Kawin 4


Entri ni bukan la pasal biografi pelawak ni tapi entri ni adelah pasal kekaguman aku kat beliau ni sebab tak lame lagi cukupla kuota beliau.Memang respek gile dengan die ni.



Nak tau sebab aku respek bebenor dekat die ni?Ye la,sekarang ni memang banyak orang lelaki yangberpoliden    berpoligami tapi yang jadik masalahnye sorok2 tak bagi tau dekat bini tua.Sulit dan persendirian ibarat fail CIA la.Bile dah kantoi mule la berlaku pertempuran hebat ibarat komando SEAL mengambush Obama Osama.



Tapi beza dengan beliau ni,isteri2nye yang menyuruh beliau berkahwin lagi bagi mencukupkan kuota.Cayala...Lepas tu ape yang aku dengar dulu kalau ade majlis ape2 ke beliau ni cume bawak isteri2nye saje.Tak payah la nak bawak sepupu,adik ipar,abang angkat,mak tiri,bapak mentua,ipar duai,jiran dan sebagai dia.

Last sekali,bagi2la tips ye Abang Salih.Tak baik kedekut.....XD

10 Implikasi Bila Pilih Suami Orang


Sekiranya boleh dielak bercinta dengan suami orang, maka eloklah lakukan mulai sekarang. Bukan semua wanita bernasib baik seperti Emi, 24 tahun yang akan menjadi isteri keempat kepada pengacara radio sinar Salih Yaakop dan diterima oleh madu-madunya. Jika perhubungan baru bermula sebelum perpanjangan dan menjadi lebih serius sehingga tidak ada jalan untuk berpatah balik. Lebih baik tarik diri kerana bercinta dengan suami orang banyak implikasinya.


Jika bernasib baik anda hanya diberi "warning" oleh isterinya. Jangan sampai isterinya melakukan sesuatu yang buruk keatas diri anda kerana bukan semua wanita suka bermadu seperti isteri-isteri Salih Yaakop. Carilah lelaki yang bujang yang mungkin bagi anda tidak sesuai berbanding suami orang yang sudah banyak pengalaman dalam memujuk rayu dan pandai berkata-kata. Bacalah 10 sebab tidak digalakkan mencintai suami orang yang penulis ambil dari sebuah blog. Sekiranya suami orang itu jodoh anda, itu ketentuan ilahi.

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...

Review Filem Ombak Rindu


Filem Sinopsis Ombak Rindu:-
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Tajuk Filem:
Ombak Rindu

Pengarah: Osman Ali

Penerbit: Astro Shaw Sdn. Bhd.

Dipawagam: 01 Disember 2011

Pelakon Ombak Rindu:
Aaron Aziz
Maya Karin
Lisa Surihani
Bront Palarae
Azizah Mahzan
Zaidi Omar
Normah Damanhuri

Siapa Hana Tajima ?

Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka.
Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.
Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai  tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap  sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita. Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan,  dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.
   
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.


Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami  fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.


 
Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya. Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam.
Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.