Home » » Rokok Elektronik Bahayakan Kesihatan

Rokok Elektronik Bahayakan Kesihatan


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat kecenderungan terhadap perokok untuk beralih daripada menghisap rokok tradisional kepada rokok elektronik.

Menurut pengeluar rokok elektronik yang kebanyakkannya berpusat di China, antara kebaikan menggunakannya adalah:

Penggunaan rokok ini tidak melibatkan pembakaran tembakau. Jadi tiada tar dihasilkan.
Rokok elektronik tidak menghasilkan asap. Lebih mesra alam sekitar.
Mengurangkan risiko terhadap orang disekeliling (second-hand smoker effect)




Via: the TermLifeInsurance Blog


Namun begitu, komponen utama rokok sama ada tradisional ataupun elektronik ialah nikotin. Nikotin inilah yang membuatkan para penggunanya mendapat kesan ketagihan dan masalah kesihatan yang lain seperti serangan angin ahmar (stroke).

Walaupun dengan pelbagai jaminan daripada pengeluarnya, rokok elektronik tetap berpotensi membahayakan kesihatan penggunanya.

Kesimpulannya, merokok samada secara tradsional mahupun elektronik adalah tidak baik untuk kesihatan.  Bagi perokok yang meracang untuk berhijrah dan menjadi lebih hijau, fikir-fikirkanlah. Tiada yang lebih hijau dan baik untuk semua melainkan dengan berhenti merokok sepenuhnya.


0 ulasan:

Catat Ulasan