Minum Air Kosong di Waktu Pagi
Posted by Admin
Posted on 02:27
with 1 comment
Petua Awet Muda Mengikut Sunnah tentang amalan minum air suam sebelum gosok gigi. Sudah terbukti oleh kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi sebenarnya mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius selain membuatkan seseorang itu awet muda, insyaAllah.
Contoh penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Posisi Betul Ketika Minum Air
Air yang diminum ialah Air Masak Mati (air masak yang sejuk), diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran dan dahak yang terkumpul semasa tidur. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk hari yang baru.
Nota: Saidina ‘Ali mengajarkan bahawa sebaik-baiknya minum air hujan, kerana ia mensucikan badan dan menyembuhkau segala penyakit. Pada waktu pagi minum air sambil berdiri dan waktu malam minum sambil duduk. Islam juga mengajarkan minum dengan meneguk dengan perlahan-lahan, paling sedikit 3 teguk. Mulai dengan “Bismillah” dan akhiri dengan “Alhamdulillah”. Rasulullah s.a.w. selalu meminum air bercampur madu di waktu awal pagi.
sumber:edisikini
1 ulasan:
nice info.TQ
Catat Ulasan