Home » » England Bukan Negara ?

England Bukan Negara ?


Terdapat 8 kriteria asas untuk menjadi sebuah negara bebas:

1. Mempunyai kawasan atau wilayah yang bersempadan dan mendapat pengiktirafan dunia.
Yup, England mempunyai kawasan atau wilayah dengan keluasan 130,395 km persegi dan merupakan wilayah terbesar di UK.

2. Mempunyai bilangan populasi manusia yang bermaustatin
Yes, bilangan penduduk England melebihi 49juta orang (tahun 2001)

3. Mempunyai aktiviti dan susunan ekonomi. Ada matawang sendiri dan menguruskan urusan perdagangan dalam dan luar negeri.
England sememangnya mempunyai aktiviti ekonomi yang tersendiri tetapi TIDAK mempunyai matawang dan TIDAK menguruskan urusan perdagangannya secara sendiri. Urusan perdagangan dilakukan oleh UK.

4. Mempunyai sistem sosial seperti pendidikan.
Sistem sosial di England dikawal selia oleh UK

5. Mempunyai sistem pengangkutan tersendiri
Yup, England memang mempunyai sistem pengangkutan yang tersendiri tetapi tidak sepenuhnya dikawal selia oleh England tetapi terlatak di bawah Parlimen UK

6. Mempunyai kerajaan yang menyediakan perkhidmatan awam, polis dan tentera.
England menyediakan anggota keselamatan tempatan termasuk bomba, tetapi sistem kehakiman terletak di bawah UK. England tidak mempunyai tentera tersendiri.

7. Mempunyai kedaulatan. Tidak ada negara lain yang berkuasa ke atas wilayah tersebut.
Kedaulatan England terletak sepenuhnya di bawah Parlimen UK

8. Mempunyai pengiktirafan luar. Perlu mendapat pengiktirafan negara lain untuk mendapat status negara bebas
Tidak, England tidak mendapat sebarang pengiktirafan luar untuk menjadi negara bebas.


Kes England adalah sama untuk Wilayah Wales, Northern of Ireland dan Scotland. Semua tempat ni yang kita anggap sebagai sebuah negara adalah bukan negara tetapi terletak di bawah naungan UK.

Sumber: So True | England bukan sebuah negara |

0 ulasan:

Catat Ulasan