Home » » Video Game Persenda Islam

Video Game Persenda Islam

Salam...Kalo korang ada baca Harian metro hari nie mesti korang akan perasan tajuk "Gempur Syaitan" kat muka depan surat khabar tue. Jom kita baca apa berita tue kata.
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

He3, tapi dalam berita Harian Metro tu x bagitau lak apa tajuk game tue, mungkin diorang takut kena saman, xpa meh sini Budak Botak nk sebut sebenarnya game yg dimaksudkan adalah game Devil May Cry 2. Tah la Bdk Botak x pernah main pulak game nie, walaupun rasanya dh ada lama kat pasaran. Jom kita tgk gambar kalimah Allah dalam game tue.






Ada kalimah Allah dalam game nie...

1 ulasan:

Mr.akem_apai berkata...

PINTU KAABAH KAN TU....WALLAHUALAM

Catat Ulasan