Antara perkara penting bagi sebuah smartphone ialah keupayaan atau jangka hayat baterinya. Jika secanggih mana sekalipun, andai bateri tak cukup berkuasa, ia tidak akan membawa apa-apa erti pada sebuah telefon bimbit pintar.
8 Tips Untuk Bateri Smartphone Tahan Lama
- Padamkan telefon anda jika berada di kawasan yang sukar mendapatkan penerimaan (signal) contohnya di dalam kapal terbang atau berada di kawasan terpencil.
- Jangan buka fungsi WiFi jika anda tidak menggunakannya. Ia akan menggunakan banyak tenaga bateri untuk menyirau (scan) keboleh dapatkan Wifi berhampiran walaupun anda tidak memerlukan.
- Jangan buka terlalu banyak aplikasi. Walaupun telefon anda berkeupayaan untuk multi-tasking tetapi adalah lebih baik untuk fokus kepada hanya satu atau dua aplikasi yang benar-benar digunakan pada satu-satu masa.
- Gunakan fungsi GPS atau bluetooth pada ketika anda perlukan sahaja.
- Skrin terlalu cerah (bright) akan membuatkan lebih tenaga bateri diperlukan.
- Cuba elakkan menggunakan screen saver atau latar belakang yang beranimasi. Lebih baik menggunakan fungsi gelap (blank) atau latar belakang yang pegun dengan resolusi rendah.
- Fungsi getar (vibrate) akan memakan ketahanan bateri anda. Guna bila perlu sahaja.
- Tutup telefon bimbit pintar anda di waktu ia tidak digunakan, berikan masa untuk smartphone anda untuk 'berehat' atau 'tidur' dalam beberapa jam.
0 ulasan:
Catat Ulasan