Home » » Misteri Tukul Besi Di London

Misteri Tukul Besi Di London


Misteri artifak ini sentiasa menjadi perdebatan hangat di antara penyokong teori penciptaan dan teori Darwin. Jadi apakah ia? Artifak tukul besi London yang dikelilingi oleh jisim pepejal batu "Cretaceous". Pemegang tukul diperbuat daripada kayu dan sebahagiannya telah menjadi batuan.

Ia ditemui di London, Texas. Pada Jun 1936, semasa Max dan Emma Hahn berjalan-jalan di Red Creek, berhampiran rumah mereka di London, Texas. Ketika itu mereka ternampak batu terbonjol dengan sekeping kayu yang melekat padanya. Beberapa waktu kemudian anak mereka, George memecahkan batu tersebut dan menunjukkan ada tukul logam di tengah-tengah batu tersebut. Hahn mengasah tukul itu untuk melihat jika ia benar-benar logam. Tempat yang mereka asah itu tidak berkarat sejak dari waktu itu iaitu 50 tahun yang lalu. Jadi siapakah kita untuk membuat fosil yang luar biasa ini?

Selepas ujian dijalankan, ia menunjukkan bahawa tukul itu sebenarnya besi. Tukul itu mengandungi 96% besi, 2.6% klorin dan 0,74% sulfur. Tiada buih terperangkap dalam logam tukul itu sama sekali. Malah, kualiti besi itu adalah sama atau melebihi kualiti mana-mana besi yang terdapat dalam dunia moden sekarang.

Persoalanya, mungkinkah teknologi zaman dahulu benar-benar maju? Adakah ini sebenarnya tukul dari dunia yang wujud sebelum banjir Nabi Nuh a.s? Tiada siapa yang tahu dan pasti. Ia masih lagi menjadi salah satu daripada rahsia-rahsia besar di dunia.


0 ulasan:

Catat Ulasan