Home » » Wanita Suka Pada Anda Apabila..

Wanita Suka Pada Anda Apabila..



Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang dalam entri yang seterusnya.

1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar,  sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.



3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.


4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.


5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye....."  atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".

9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.

P/S:Girls, ada penambahan?

8 ulasan:

Enna Rose berkata...

ada,...Jika ada sessi bgambar dia akan pastikan dia berada bersebelahan anda tak kira sesulit manapun utk mendapatkan tempat bersebelahan dgn anda,dia akan pastikan anda menoleh ke arah wajahnya dengan bcakap sesuatu topik yg agak serius didlm kumpulan dgn bsungguh2 utk pastikan anda memandang tepat ke arahnyaya.Dia sedaya mungkin mahumenyebut nama anda didlm facebook jika ada diantara kwan2 anda menyebut nama anda atau xtvt yg melibatkan juga anda.Dia akan menampakkan muka yg agak tegang & berdiam diri jika kwan2 ada menyebut hubungan istimewa anda dgn seorg gadis di masa lalu tapi berusaha menunjukkan wajahnya yg ceria disebabkan rasa begitu cemburu walaupun itu cuma kisah masa lalu anda!dia juga berusaha menjaga hati anda wlaupun anda banyak mengeluarkan kata2 yg pedih terhadapnya,dia tetap akan terus senyum kpd anda meskipun hatinya teramat luka parah!,walaupon dia mengatakan dia mahu lupakan anda krn merasa kecewa dgn sikap anda terhadap dia tetap akan mnghantar msej wlaupun sapaan itu hanya berbunyi'Hai" krn dia mengharap anda masih ingat kepadanya lagi. Hehe...sekiaaannn!<<winkk! winkkk! ;D

Jelly Gamat berkata...

Wow menarik sekali infonya terima kasih sudah disampaikan ! :)

Encik Ket berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Meh aku cite skit story aku ngan korang. Jgn gelak ek.
Dulu aku ni sorang budak gemok tahap GABAN. Takde orang nk kwn ngan aku, studies aku gred teruk jee, awek yg aku cinte reject aku. Aku sedih, aku kecewa. Mase tulah aku bertekad nk kuruskn badan aku. 6-7 bulan kemudian, berat aku turun dari 102KG ke 47KG. Ramai orang nak kawan ngan aku, studies aku makin ok grednye, dan si awek tu tibe2 happy2 ngan aku laaa.... senyum2 ngan aku lh... dulu bukan maen agi dye reject aku cam khinzir... sedihhnye aku pompoan cam ni... tgk rupe jee... skang aku dh kuru baru dye nak aku balek... tpi disebabkan aku sayang dye.... well... skang dye dh jdi awek aku... aku belajar utk dye... aku tolong dye buat ape2... aku gembira semua kesedihan dh berakhir! Terima kasih kepada Allah kerana beri aku peluang utk memperbaiki diriku ini.... Allahu Akbar! Aku dh kurus! *trollface*

Tanpa Nama berkata...

well awk sorang yg dungu..terus terang sb sy pon prpuan..perempuan baik xkn pandang rupa awk,,still support u even u are in down..kalu sy jd awk sy cr je prmpuan yg ikhlas ,dgn rupa awk..jgn heran sok2 lusa whwn u are getting fat she left u for others boy.

muhamad asyraf berkata...

Nti ko gemok balek, die tgglkn ko.. hahahhaa.. padan muke

Tanpa Nama berkata...

haha

Tanpa Nama berkata...

ni cerita aku....aku seorang lelaki

aku ni kira masa aku study dulu ramai jgk la girl yg suka...tp aku suka berkawan saja..kalau nak bercinta aku akan pilih girl yg aku suka...

pada suatu hari masa aku tgh study..aku ada lihat seorang gadis ayu bertudung..emmm nak ngorat tapi dia tak layan..aku pun try la risik risik member aku kot kot kenal ker gadis tu..aku ingat lagi masa tu dia pakai bj kurung warna unggu..tanya punya tanya..member aku ni kenal..dan ada pun no tel dia..ape lahi aku pun ambil la no tel dia..

suatu hari aku mesej la nk berkenalan..tp dia tak layan pula... aku sedaya upaya juga nk berkawan dgn dia..dijadikan cerita..aku turut serta pergi lawatan sempena hari merdeka beramai ramai dan dia pun ada jgk..masa lawatan tu aku dapat berjalan..bersembang dgn dia..kira feeling lah time tu..walaupun dia bukan milik aku pun..

suatu hari aku luahkan perasaan aku pada dia...tp dia tolak dan terima xboyfrend dia balik..masa tu aku btl btl frust...sedih beb..

tppppiii...aku tak berputs asa..aku ttp berkawan dgn dia..sehinggala dia ada prob dgn pakwe dia..dan senyap mcm tu ja..

kemana saja aku akan bersama dia..kira mcm org bercinta..sehinggala suatu hari aku berjaya mendapat cinta..

dia seorang y bijak..sentiasa dapat anugerah..yp aku teruk ja..aku pun berazam untuk jadi lebih baik dri dia..akhirnya aku berjaya seperti dia...kami sama sama terima anugerah dekan.....bahagia time tu...

setelah tamat belajar kami pun balik kg masing...time tu nak berjumpa ssh sgt..bayangkan aku diutara..dia di selatan...cinta yang jauh...tp aku dan dia ttp setia...sehinggala kami berkawan 8tahun lamanya..

siapa sangka sekarang kami dah pun kawen..dan memiliki seorang cahaya mata perempuan..

bila diigt balik masa mula kenal..rupanya dia mmg ada hati ngn aku..dan selalu perhatikan aku...haha.. itula jodoh..rezki dari Allah s.w.t...

so bnykkan lah berdoa..kalau kita rasa dia jodoh yag tetbaik utk kita..

Catat Ulasan