Home » » Ada Apa Dengan Bangsa

Ada Apa Dengan Bangsa


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain.

“Seolah-olah pendekatan ini telah masuk menyerap dalam masyarakat orang Islam, setiap bangsa mengejarkan kehormatan masing-masing dan menyebabkan orang lupa tentang Palestin, “katanya kepada pemberita selepas menyambut kunjungan konvoi Superbike Pantai Timur di kediamannya di Pulau Melaka, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim.

Konvoi tersebut didakan untuk mempromosikan perarakan keamanan yang dianjurkan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah , Amerika Syarikat untuk bergerak ke Palestin dan negara-negara jiran seperti Mesir dan Jordan.

Kemuncaknya adalah perhimpunan aman besar-besaran pada 30 Mac serentak dengan perarakan di Amman dengan 131 superbikes akan membawa bendera Palestin dan berkumpul di replika Baitulmaqdis.

Sambil menyokong perarakan tersebut, Nik Aziz berkata, Pas akan terus mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan dan sama sekali tidak akan terikut-ikut dengan pihak lain yang lebih mementingkan bangsa dari Islam.

“Perkara yang tidak betul yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri. Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” katanya.

2 ulasan:

Rakan Blog berkata...

Sokong TGNA...apalah yg ada pada bangsa ..yang penting kita adalah saudara seagama..


Jemputan: 8 SEBAB kenapa kita kena join RakanBlog....
SEBAB KE 4- Rakanblog.com membuatkan para bloggers rileks...
Lagi 7 SEBAB lagi boleh tanya kat uncle google..>>8 sebab kenapa kena join Rakan Blog.

Tanpa Nama berkata...

klantan lagi jumpa kaum kecoh TGNA BODOH

Catat Ulasan