Haha.. siapa yang tak kenal Honda ye tak, bermula dengan menjual motorsikal cup 5 kupang hingga sekarang ni menjadi pengeluar kereta tersohor di dunia.
So kali ini bagi peminat Honda khususnya yang suka kereta kompak, Honda dah menyediakan model terkini Jazz Facelift 2nd generation dengan “newly improved”. Maknanya ada penambah baikanlah dari model yang terdahulu… Jazz hatchback 5 pintu, dah diupgrade dari segi ciri-ciri keselamatan dan kemudahan untuk pengguna Honda. Dah tentunya banyak menggunakan elektronik parts.
Yang sangat menarik dan excited untuk korang nak dengar ialah harganya…. bagi sebuah kereta cilik yang comel lote ni… berharga cuma RM109,800 je…. hehehe…
Nak tahu apa kata MD Honda Malaysia Mr Yoichiro Ueno? Teman pun tak kenal sangat dengan Mat Jepun ni, tapi katanya kereta Jazz ni pilihan yang terbaik bagi individu dan pasangan (yang baru kawin kot) yang mementingkan style, keseronokan memandu dan imej, tanpa menjejaskan sama sekali keselesaan, ruang dan prestasi kereta cilik ni.
Cakap orang putih le pulak dia…
He said, “Honda enthusiasts can expect the new Jazz to deliver even more value with new exciting styling, enhanced safety and practicality; and with all these enhancement and improvement, we are delighted to maintain Jazz price at RM 109,800 (on the road with insurance), so as to offer Honda customers the satisfaction of owning a new, value-for-money and yet premium 5-door hatchback Jazz.”
Jazz terbaru ni dilengkapi dengan Vehicle Stability Assist (VSA), alat penstabil untuk kereta pacuan roda depan ketika membuat cornering untuk mengelakkan skidding (tergelincir le tu…)
Nak tahu ciri-ciri istimewa Honda Jazz ni… serba ringkas je
Jaringan grill di bahagian depan lebih cantik dan nampak kukuh, bumper belakang dan depan sangat aerodynamics. Tak tahu aerodymanic?…. kata orang perak “lunchuih” tak ada halangan bagi angin semasa pemanduan. Sebagai tambahan lampu depan diserlahkan dengan warna silver dan warna kusam disekelilingnya untuk kelihatan lebih garang.
Bahagian dalam pulak Jazz, tempat duduk dan panel pintu dipadankan dengan warna biru dan hitam manakala speedometer dan sistem audio berwarna illumination (entah aku pun tak tau…kale apa ni…?)
Jazz facelift dibekalnkan dengan injin 1.5 liter-i-VTEC dengan 5-speed Automatic Transmission (5AT).
Warna-warna pilihan bagi Jazz facelift ialah Brilliant Orange Metallic, Polished Metal Metallic, Crystal Black Pearl dan Brilliant White Pearl.
Nakl tahu lebih lanjut, jom kita ke show room Honda, tean pun nak pegi ni, so setakat ini dulu, jumpa di sana…di sana… di sana…
Kalau suka nak jadikan Honda Jazz comel ni background laptop korang klik je kat sini
Dari belakang,… macam nilah
0 ulasan:
Catat Ulasan